Telegram Melancarkan Perkhidmatan Panggilan Suara Disulitkan

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan panggilan suara di atas talian. Sesetengahnya menawarkan talian yang disulitkan. Talian yang disulitkan ini memberi sedikit keselamatan kepada pengguna dari ancaman penggodam yang boleh mengambil maklumat anda. Telegram, sebuah aplikasi mesej memang dikenali sebagai penyedia perkhidmatan yang kuat dari segi sekuriti. Hari ini mereka melancarkan fungsi panggilan suara yang telah diuji untuk beberapa ketika. Mereka juga mengesahkan perkhidmatan suara ini mempunyai ciri penyulitan.

Namun, perkhidmatan ini dikeluarkan untuk kawasan Eropah barat ketika ini dan berjanji akan meluaskan perkhidmatan ini ke seluruh global pada masa akan datang. Perkhidmatan suara mereka dibina dari sistem penyulitan yang turut sama digunakan untuk fungsi 'Secret Chats'.

Mereka mendakwa servis suara yang ditawarkan berkualiti tinggi menggunakan sambungan 'peer-to-peer' dengan dapat menjimatkan trafik. Jika sambungan yang sama tidak dapat digunakan, Telegram akan menggunakan pelayan yang terdekat untuk menghubungkan pengguna.

Pengguna juga boleh memilih untuk sesiapa yang boleh menghubungi mereka. Fungsi panggilan suara juga boleh ditutup sama sekali untuk menyekat daripada menerima sebarang panggilan.

Sumber