Telegram Dikemaskini Dengan Pelbagai Ciri Baru, Menyokong Perkongsian Fail Sehingga 2GB

Telegram kini dikemaskini dengan membawakan pelbagai ciri baru. Antaranya termasuk video profil, perkongsian fail sehingga 2GB, mini-thumbnails dan sebagainya.

Video Profil




Pengguna Telegram kini boleh memuat naik video bagi gambar profil dan memilih mana-mana frame yang disukai bagi gambar profil statik.

Seperti mana-mana video yang dimuat naik, media editor boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti atau menghiasnya dengan pelekat animasi. Setiap video dan gambar juga boleh ditukar semula kepada profil yang terdahulu dengan memilih 'Set as Main'.

Perkongsian Fail Sehingga 2GB


Sejak 2014, pengguna Telegram telah berkongsi sehingga 1.5GB untuk setiap fail. Kini, Telegram telah membenarkan pengguna untuk menghantar seberapa banyak media dan fail tanpa had, dengan saiz sehingga 2GB bagi setiap fail.

People Nearby


Apabila seseorang berhubung dengan pengguna melalui People Nearby, pengguna akan melihat sejauh mana seseorang itu berada. Dan apabila pengguna memulakan chat dengan seseorang yang berdekatan, Telegram akan mencadangkan pelekat ucapan.

kemaskini telegram

Multi-Akaun di Telegram Desktop


Telegram versi peranti mudah alih telah membenarkan pengguna untuk log masuk 3 akaun dari nombor telefon yang berbeza tanpa perlu log keluar. Melalui kemas kini terbaru, fungsi yang sama telah tersedia pada Telegram Desktop.



Selain daripada ciri-ciri yang disebutkan diatas, kemaskini Telegram turut mengandungi ciri seperti:

  • Mini-thumbnail

  • Tapis chat baru daripada non-contact

  • Statistik grup

  • Android Extra

  • Emoji Animasi


Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh lihat sendiri di blog Telegram.