Telegram Akan Menambah Penstriman Video, Fungsi Log Masuk Baru Dan Mod Malam Automatik

Telegram sebuah platform mesej yang meningkat naik telah memuat naik beberapa fungsi baharu yang akan ditambah ke dalam versi terbaru aplikasi tersebut selepas ini. Telegram v4.8 akan ditambah dengan beberapa fungsi berikut:

  1. Penstriman video

  2. Mod malam

  3. Log masuk ke laman sesawang lain menggunakan akaun Telegram anda


Penstriman video



Video yang dihantar kepada pengguna lain tidak perlu lagi dimuat turun sebelum penerima dapat memainkannya.

Mod malam

Mod malam adalah apabila aplikasi tersebut akan menukar tema antara muka lebih gelap secara automatik atau anda boleh memilih untuk menukar tema pilihan anda sendiri melalui tetapan 'Preferred Night Mode'.

Fungsi Log masuk Telegram

Selepas ini anda boleh log masuk ke laman sesawang lain menggunakan akaun Telegram anda. Untuk kali pertama, pengguna diminta untuk memasukkan maklumat seperti nombor telefon akaun Telegram anda sebelum kod pengesahan dapat disahkan di dalam aplikasi Telegram anda.



Telegram baru-baru ini dilanda kontroversi apabila ditarik dari App Store kerana didakwa digunakan untuk menyebarkan kandungan terlarang kepada pengguna mereka. Telegram telah mengambil beberapa langkah perlu bagi menghentikan perkara tersebut.