Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi mi 11

Telefon Xiaomi Bakal Tawar Fungsi ‘Tambah’ RAM

Diterbitkan April 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Ini mungkin adalah berita menarik buat peminat Xiaomi memandangkan majoriti tahun ini ramai yang menggunakan telefon daripada jenama tersebut.

Hal ini kerana Xiaomi bakal menawarkan fungsi RAM tambahan atau virtual RAM pada barisan Mi, Redmi dan POCO dengan menerusi kemas kini MIUI baharu.

RAM extension support is coming to @miuirom soon… Not implemented yet, so I don't know how much storage and which devices support it. Probably the new ones.@MishaalRahman @aamirXDA pic.twitter.com/wtOH9yRfHo

— Kacper Skrzypek 🇵🇱 (@kacskrz) April 28, 2021

Berdasarkan kod yang didedahkan Kacper Skrzypek, ia masih belum diketahui bilakah fungsi ini akan diberikan kepada pengguna.

xiaomi ram

Buat pengetahuan, RAM tambahan ini akan menggunakan storan dalaman pada peranti. Bermakna, jika peranti mempunyai 8GB RAM, pengguna akan menerima 3GB RAM tambahan.

Namun, bagi peranti yang hadir dengan memori 3GB atau 4GB, hanya 1GB RAM tambahan sahaja yang diberikan.

vivo v21

Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu kerana peranti siri vivo X60 telah pun tampil dengan fungsi sebegitu. Malah, vivo V21 yang baru dilancarkan turut menerimanya.

Sumber: mysmartprice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY