Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi leica

Telefon Xiaomi Akan Datang Sah Lengkap Dengan Leica

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Ura-ura berkaitan kerjasama Xiaomi dengan Leica telah lama dilaporkan sejak beberapa bulan lalu dan ia bukan kali pertama Leica terlibat dalam arena telefon pintar.

Kini, Xiaomi telah mengesahkan kerjasama dengan syarikat Jerman tersebut dan peranti pertama hasil kerjasama itu akan dilancarkan Julai ini.

CEO Leica Matthias Harsch berjanji mereka akan membawakan kualiti imej yang luar biasa dengan estetik klasik Leica bersama kreativiti tidak terbatas.

Telefon Xiaomi Akan Datang Sah Lengkap Dengan Leica

Khabar angin bahawa lensa Leica akan disertakan pada Xiaomi 12 Ultra mungkin jadi kenyataan memandangan ia juga mungkin dilancarkan waktu sama.

Jika tidak, mungkin untuk siri Xiaomi 13 kelak namun mana-mana model pun, pastinya ia digunakan bersama Snapdragon 8+ Gen 1.

Dalam perkembangan lain, Oppo dan Oneplus sudah bekerjasama dengan Hasselblad manakala vivo pula dengan ZEISS. Jadi, hubungan ini dijangka memeriahkan lagi perbandingan telefon waktu kini yang menggunakan teknologi jenama kamera luar.

Sumber: Xiaomi

Baca juga:

  • Xiaomi 12 Ultra Dijangka Hadir Dengan Leica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY