Telefon Terbaik Bawah RM3000 Tahun 2021

Kita sudah sampai ke penhujung segmen telefon terbaik untuk tahun 2021 ini. Kalini aku akan senaraikan telefon terbaik bawah RM3000, kepada korang semua yang tertanya kenapa aku tidak buat untuk rm4000 juga ? Jawapan dia mudah sahaja, telefon dengan julat harga bergitu, sebenarnya agak susah untuk dibandingkan mana lebih bagus.

Senarai aku untuk telefon bawah rm3000 ini bukan diambil kira dari segi spesifikasi sahaja, tetapi perisian dan lain-lain diambil kira juga. Jadi mari kita mulakan artikel senarai ini.

5. vivoX70 ( 8GB RAM + 128GB Storan ) ( RM2499 )


Untuk tempat kelima, aku masukkan vivo X70 versi biasa. Aku tahu ramai orang lupa megenai telefon ini semasa ia dilancarkan sekali dengan abang dia yang nampak lebih menarik iaitu vivo X70 Pro.  Tapi jangan pandang rendah dekat adik dia ini iaitu Vivo X70, walaupun spesifikasi dia tidak sehebat X70 Pro tetapi banyak sahaja fungsi yang menarik ada pada telefon ini.

Dari segi spesifikasi ia menggunakan Mediatek Dimensity 1200 dan datang dengan 8GB RAM dengan 128GB storan. Mediatek Dimensity 1200 walaupun ada segelintir mengatakan ia adalah sebuah cipset kelas pertengahan, tetapi dari pandangan aku ia masih dalam kelas andalan kerana prestasinya yang hampir sama dengan Snapdragon 870.

Untuk paparan ia menggunakan skrin jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Spesifikasi vivo X70 ini hampir sama sahaja seperti kebanyakkan telefon-telefon yang hadir tahun ini dari segi julat harganya.

Tetapi, tumpuan utama untuk siri vivo X70 seperti pendahulunya X60 dan X50 ia memfokuskan kepada sistem kameranya yang padu dan kaloberasi dengan Zeiss Optic. Malang sekali untuk versi asas X70, ia tiada penyokongan untuk penstabilan gimbal seperti abangnya iaitu X70 Pro dan X70 Pro+.

Walaupun begitu, tidak bermakna kamera X70 ini tidak bagus, cuma penstabilan gimbal itu dapat menolong banyak dari segi rakaman video dan pengambilan gambar pada waktu malam. Fungsi yang menarik ada pada kamera X70 ini ialah Zeiss T* Coating dimana ia dapat membantu mengurangkan flare dan ghosting effect.

Kapsyen: vivo X70


Spesifikasi

  • Mediatek Dimensity 1200

  • 8GB RAM, 128GB Storan

  • Skrin 6.56" (AMOLED) Kadar segar semula 120Hz

  • 40Mp Kamera Utama, 12Mp Kamera Ultra Lebar, 12Mp Telefoto 2X Zoom Optikal

  • 32 Mp Kamera Hadapan

  • Bateri 4400mAh ( Pengecasan Pantas 44 watt )


Beli Disini

Lazada : https://invol.co/cl7q47v

Shopee : https://invol.co/cl7q483

4. Xiaomi 11 ( 8GB RAM + 128GB Storan ) ( RM2799 ) ( 8GB RAM + 256GB Storan ) ( RM2999 )


Beralih ke tempat yang keempat aku masukkan Xiaomi Mi 11 atau Xiaomi 11. Ini adalah antara telefon yang gunakan sebagai peranti harian aku selama beberapa bulan, jadi tiada perasan berat sebelah disini. Ikutkan kalau aku tidak pernah gunakan telefon ni, aku akan letakkan di kedudukan yang lebih tinggi lagi, disebabkan spesifikasi telefon ni yang hebat.

Tetapi disebabkan telefon ini mempunyai banyak masalah dari segi perisian dan bateri aku terpaksa letak telefon ni di kedudukan yang lebih rendah. Untuk spesifikasi ia menggunakan Snapdragon 888, datang dengan 2 varian iaitu 8GB RAM, 128GB Storan dan 8GB RAM, 256GB Storan.

Ia menggunakan paparan jenis E4 AMOLED dengan  120HZ kadar segar semula dan mempunyai 1 billion color. Sebagai tambahan, paparan Mi 11 ini menggunakan resolusi yang lebih tinggi dari 1080p iaitu 1440p. Jadi dengan resolusi yang tinggi ini, imej yang dihasilkan akan nampak lebih tajam dan cantik.

Lagi satu benda yang menarik mengenai Mi 11 ni adalah pembesar suara jenis stereo yang bagus. Pembesar suara Mi 11 ini telah ditalar sendiri oleh Harman Kardon dan mempunyai penyokongan untuk Dolby Atmos dan Hi-Res Audio.

Beralih ke masalah yang aku hadapi sendiri dengan Mi 11 ni, pertama sekali adalah antara mukanya yang bermasalah, dari pengalaman aku menggunakan Mi 11 ni salah satu masalah aku paling benci adalah mendapat notifikasi yang sangat lambat ataupun tidak dapat langsung. Sebagai contoh kalau ada kawan yang DM di Instagram ataupun mesej di Whatsapp, mesej tersebut tidak akan terkeluar pada notifikasi, tetapi apabila aku buka aplikasi Instagram atau Whatsapp. Mesej tersebut telahpun diterima cuma notifikasi tidak terkeluar.

Perkara ini nampak macam isu remeh tetapi kalau ada orang yang penting mesej, tetapi secara tidak sedar, notifikasi tidak masuk dan mesej penting itu di abaikan. Selain itu, selepas kemas kini MIUI 12.5 Enhanced edition masalah bateri cepat habis. Walaupun bateri telefon ini agak besar iaitu 46000mAh tetapi ia tidak mampu bertahan selama sehari walaupun digunakan secara sederhana sahaja.

Aku juga ada membuat ujian bateri dengan telefon ni sebelum ini. Aku hanya aktifkan Always On Display dari pukul 8 sampai 7 malam dan aku aktifkan wifi juga. Disini aku perasan masalah penurunan bateri telefon ini memang teruk. Dari pukul 8 sampai 7 malam itu bateri menurun dengan teruk juga dari 100% ke 46%. Walaupun nampak macam tidak teruk sangat, tetapi korang kena tahu aku tidak menggunakan telefon ini langsung sepanjang hari itu.

Jadi tidak logiklah, bagaimana telefon ini mendapat penurunan bateri yang sangat ketara begini walaupun aku tidak menggunakan telefon tersebut. Kalau korang tidak kesah dengan perisian Mi 11 ini, ia adalah sebuah telefon yang sangat berbaloi dari segi spesifikasi yang ditawarkan  seperti paparan 1440p, pembesar suara stereo dan cipset Snapdragon 888.



Spesifikasi

  • Snapdragon 888

  • 8GB RAM, 128GB/256GB Storan

  • Skrin 6.81"( E4 AMOLED ) Kadar segar semula 120HZ

  • 108MP Kamera Utama, 12MP Kamera Ultra Lebar, 5MP Telemakro

  • 20MP Kamera Hadapan

  • Bateri 4600mAh ( Pengecasan Pantas 55 watt )


Beli Disini

Lazada : https://invol.co/cl7q4a3

Shopee : https://invol.co/cl7q4ad

3. OPPO Reno6 Pro ( 12GB RAM + 256GB Storan ) ( RM2999 )


Beralih ketempat ketiga, aku masukkan OPPO Reno6 Pro. Walaupun telefon ni mempunyai spesifikasi yang kurang sedikit berbanding Xiaomi 11, tetapi bagi aku itu bukan segalanya untuk sebuah telefon pintar. Fungsi-fungsi dan perisian juga penting untuk sesebuah telefon itu. Jadi apa yang menarik menarik mengenai OPPO Reno6 Pro ni ?

Pertama sekali adalah spesifikasi yang ditawarkan, ia menggunakan Snapdragon 870, datang dengan 12GB RAM dan 256GB Storan. Sebagai tambahan ia hadir dengan fungsi tambah RAM dimana korang boleh menambah sehingga  7GB RAM, menjadikan telefon ini mempunyai 19GB RAM keseluruhan.

Untuk kamera pula ia mempunyai 4 tetapan kamera yang menarik, tetapi tumpuan utama OPPO Reno6 Pro 5G ini adalah fungsi kameranya yang menarik contohnya macam Bokeh Flare Potrait video, Ai highlight video dan banyak lagi. Semua fungsi-fungsi ni memang sangat berguna, tambah lagi kalau korang semua suka ambil gambar ataupun merakam video.

Paparan yang digunakan adalah jenis AMOLED denga 90Hz kadar segar semula, ia jugak mempunyai penyokongan untuk HDR10+ dan Netflix HD dan HDR certification. Jadi paparan OPPO Reno6 Pro ini sudah cukup bagus dengan harganya. Cuma aku berharap ia menggunakan kadar segar semula lebih tinggi seperti 120Hz.

Untuk keseluruhan, telefon ini mempunyai spesifikasi yang cukup lengkap untuk sebuah telefon yang beharga bawah RM3000. Walaupun ia tidak mempunyai spesifikasi yang hebat seperti Xiaomi Mi 11 tetapi disebakan fungsi - fungsinya yang menarik dan perisian Color OS yang juah lebih bagus dari MIUI.



Spesifikasi

  • Snapdragon 870

  • 12GB RAM, 256GB Storan

  • Skrin 6.5" ( AMOLED ) Kadar segar semula 90HZ

  • 50Mp Kamera Utama, 16MP Kamera Ultra Lebar, 13MP Telefoto, 2MP Makro

  • 32MP Kamera Hadapan

  • Bateri 4500mAh ( Pengecasan Pantas 65 watt )


Beli Disini

Lazada : https://invol.co/cl7q4cy

Shopee : https://invol.co/cl7q4d6

2. Asus Zenfone 8 Flip ( 8GB RAM + 256GB Storan ) ( RM2999 )


Di tanga yang kedua adalah Asus Zenfone 8 Flip, telefon ni adalah abang kepada Zenfone 8 yang sebelum ini. Dari segi spesifikasi ia menggunakan perkakasan yang serupa seperti adiknya Asus Zenfone 8. Ia menggunakan Snapdragon 888 dan mempunyai 8GB RAM dan 256GB storan.

Untuk paparan, ia menggunakan skrin berukuran 6.67 inci jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Walaupun skrin 8 Flip ini mempunyai penambah baikkan dari segi saiz skrin tetapi untuk kadar segar semula ia jatuh dari 120Hz di Zenfone 8 ke 90Hz sahaja untuk Zenfone 8 Flip.

Fungsi utama yang membuatkan Asus Zenfone 8 Flip lebih menarik dari mana-mana telefon adalah ia mempunyai kamera yang boleh diterbalikkan ataupun flip. Seperti model sebelum ini Asus Zenfone membolehkan korang untuk gunakan kamera belakang sebagai kamera swafoto.

Disebabkan itu telefon ini tidak mempunyai mana-mana takok ataupun lubang kamera. Jadi disebakan itu korang dapat merasakan telefon dengan paparan skrin penuh. Pelbagai fungsi korang boleh guna dengan kamera flip ini, antaranya adalah mod panorama dimana korang boleh ambil gambar tanpa memerlukan pegerakkan disebabkan kamera flip ini akan mengambilnya secara automatik.



Spesifikasi

  • Snapdragon 888

  • 8GB RAM, 256GB Storan

  • Skrin 6.67" ( Super AMOLED ) Kadar segar semula 90HZ

  • 64MP Kamera Utama, 12MP Kamera Ultra Lebar, 8MP Kamera Telefoto 3X Zoom Optikal

  • Kamera hadapan boleh diterbalikkan dari Kamera belakang

  • Bateri 5000mAh ( Pengecasan Pantas 30 watt )


Beli Disini

Lazada : https://invol.co/cl7q4bn

Shopee :  https://invol.co/cl7q4c2

1. Oneplus 9 ( 12GB RAM + 256GB Storan )( 8GB RAM + 128GB Storan ) ( Harga Tidak Konsisten Julat sekitar RM2300+ )


Di tempat yang pertama jatuh kepada sebuah telefon dari Oneplus iaitu Oneplus 9. Pada awal, semasa Oneplus 9 dilancarkan ia dijual dengan harga yang agak tinggi juga. Tetapi selepas beberapa kemudian harganya sudah mula jatuh dan sekarang boleh dapatkan telefon ini dengan harga bawah dari RM3000.

Dari segi spesifikasi ia menggunakan Snapdragon 888, datang dengan 12GB RAM dan 256GB storan.  Apa yang aku suka pada mana-mana telefon Oneplus ni adalah dia punya perisian atau nak lebih jelas, dia punya antara muka iaitu OxygenOS.

Selain daripada sokongan perisian yang bagus, Oneplus 9 juga membuat kolaberasi dengan Hasselblad untuk mecantikkan kamera pada Oneplus 9 ini. Beralih pula, kepada paparan ia menggunakan skrin berukuran 6.55 inci jenis Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

Jadi dengan spesifikasi yang premium dan perisian yang padu. Aku nobatkan Oneplus 9 sebagai telefon terbaik bawah RM3000.



Spesifikasi

  • Snapdragon 888

  • 8/12GB RAM, 128/256gGB Storan

  • Skrin 6.55" ( Fluid AMOLED ) Kadar segar semula 120HZ

  • 48MP Kamera Utama, 50MP Kamera Ultra lebar, 2MP Kamera Monokrom

  • Kamera hadapan 16MP

  • Bateri 4500mAh ( Pengecasan Pantas 65 watt )


Beli Disini

Lazada : https://invol.co/cl7q4fw

Shopee : https://invol.co/cl7q4gl