Sebut sahaja nama Samsung, pasti ramai yang mengenali jenama tersebut tanpa mengira peringkat umur hatta kanak-kanak kecil sekalipun.
Walaupun mengeluarkan pelbagai alatan elektronik yang lain, itu bukanlah sebab untuk Samsung ketinggalan dalam persaingan menghasilkan telefon pintar.
Memetik berita dari laman Marketing-interactive.com, Samsung merupakan jenama telefon pintar paling laris dijual dalam pasaran Malaysia. Ini berikutan dari kejayaan telefon pintar siri Galaxy J yang mendapat sambutan hangat para pengguna.
Walaupun dilanda dengan insiden bateri meletup bagi model Galaxy Note 7, ia tidak memberi impak yang besar kepada Samsung Malaysia kerana pasaran lebih tertumpu kepada telefon kelas pertengahan dan telefon pintar bajet.
Sementara itu, Apple melonjak ke tangga ke-2 menerusi penjualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang mana majoritinya dijual melalui kontrak dari syarikat telco.
OPPO pula menghuni tangga ke-3 sebagai jenama paling laris di Malaysia. Walaupun pada tahun sebelumnya syarikat yang berpengkalan dari Dongguan China itu berada pada tangga ke-2, mereka dilihat konsisten dalam memasarkan produk terutama sekali telefon pintar siri F1.
Seterusnya adalah Huawei di tangga ke-4 dan Asus di tangga ke-5. Secara Keseluruhannya, 2.7 juta unit telefon pintar dibawa masuk ke Malaysia pada suku ke 4 tahun 2016.
Sumber: Marketing-interactive.com via Samsung Mobile Malaysia
Berkaitan
- Pos Dan Kurier Menggunakan Teknologi Dron Mampu Direalisasikan Dalam 5 Tahun Akan Datang
- Adobe Perkenalkan Aplikasi Photoshop Camera Dikuasakan Oleh AI
- Mahu Hasilkan Vlog Menarik Untuk YouTube? OPPO Reno2 Boleh Bantu Anda
- Stadium Atletico Madrid Disinari Cahaya Berwarna-warni Hasil LED Dari Philips
- Antutu Keluarkan Senarai 10 Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang April
- UMobile Lancarkan Kempen UCubaTry, Bolehkan Anda Cuba Pelan P99 Selama 7 Hari
- Lazada Mohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan, Bayaran Balik Kepada Pelanggan Akan Dipercepatkan
- WhatsApp Uji Fungsi Layari Web Dan Carian Imej Dalam Aplikasi
- 8 Aplikasi Edit Video Terbaik Untuk Android Dan iOS
- Penggunaan Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan