Telefon Pintar Samsung Dengan Grafik AMD Radeon Dijangka Hadir 2021

Samsung dan AMD sedia mengumumkan kerjasama pada Jun yang lalu tetapi tidak banyak perincian yang diberitakan.

Pada sesi pembentangan kewangan baru-baru ini, CEO AMD, Lisa Su cip pertama Samsung dengan teknologi grafik dari AMD Radeon dijangka paling awal hadir pada 2021.

Ia tidak dinyatakan secara spesifik produk apa yang akan dikuasakan cip tersebut tetapi berkemungkinan memfokuskan kepada telefon pintar, Chromebooks, tablet dan lain-lain peranti dari Samsung.

AMD sudah bekerjasama dengan beberapa pengeluar utama dalam melesenkan teknologi Radeon untuk melebarkan lagi penawarannya kepada pelbagai produk. Bagi Samsung pula, ini merupakan peluang untuk meningkatkan lagi kemampuan cip Exynos mereka terutama sekali pada bahagian grafik. Tetapi ada yang berpendapat, tempoh 2 tahun itu mungkin agak panjang dan mungkin Qualcomm dan Huawei mempunyai peluang menjarakkan lagi kedudukan mereka.

Sumber: NotebookCheck