Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Kecilkan Saiz Video Menggunakan Peranti Android

Telefon Pintar Samsung Dapat Ciri “Repair Mode” Bagi Melindungi Data Peribadi

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh ariff bukhari

Samsung dilaporkan mula perkenalkan ciri baharu untuk telefon pintar mereka khusus bagi melindungi data penggunanya.

Ciri yang dikenali sebagai “Repair Mode” itu akan membolehkan pengguna menyekat pihak ketiga daripada mengakses data telefon pintar mereka apabila peranti dihantar untuk dibaiki oleh pihak ketiga tersebut.

Data-data itu termasuklah foto, mesej, akaun pengguna seperti e-mel, media sosial dan aplikasi.

Sebaliknya, hanya aplikasi yang tersedia dipasang dalam peranti sahaja (default) akan dijalankan.

Ciri baharu itu dilaporkan sudah pun mula dilancarkan untuk pengguna telefon pintar Samsung di Korea Selatan.

Peranti terawal yang terima ciri itu pula adalah siri Samsung Galaxy S21.

Samsung Galaxy S21 repair mode
Tetapan ciri Repair Mode ini ada di dalam bahagian Settings > Battery and Device Care Kredit: Samsung

Menerusi semakan di laman rasmi Samsung Korea Selatan, ciri Repair Mode ini akan turut diperkenalkan pada siri model telefon pintar yang lain juga pada masa hadapan.

Samsung giat meningkatkan perlindungan data peribadi pengguna perantinya dengan memperkenalkan beberapa ciri baru seperti ciri Samsung Knox Vault yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Samsung Knox Vault merupakan teknologi bagi melindungi data dalam peranti dari pelbagai bentuk serangan dengan menyimpan data peribadi yang tersulit di dalaam ruang storan peranti sendiri.

Sumber: Samsung Newsroom Korea, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY