Telefon Pintar realme Kini Digunakan 35 Juta Orang Seluruh Dunia

Tiga tahun lepas anda mungkin tidak mengenali langsung mengenai jenama telefon pintar ini, tetapi hari ini boleh jadi anda antara salah seorang pemilik peranti realme.

Sejak ditubuhkan kira-kira 2 tahun yang lalu, realme kini sudah merekod satu lagi pencapaian yang membanggakan iaitu 35 juta pengguna diseluruh dunia.



Dilihat masih 'muda' berbanding pengeluar lain, penawaran realme jelas mendapat tumpuan ramai dan ia dibuktikan dengan penjualan sebanyak 10 juta dalam tempoh 4 bulan ini.

Sebagai perbandingan, suku pertama 2020 memperlihatkan peningkatan jualan sehingga 157%, berbanding tempoh sama 2019. Walaupun pasaran telefon pintar dunia mengalami penurunan pada tiga bulan terawal tahun ini, laporan Counterpoint menyatakan realma merupakan satu daripada dua jenama utama yang memperolehi peningkatan.

Selepas ini penawaran realme tidak hanya tertumpu pada telefon pintar sahaja dimana ia sedia mengumumkan lebih banyak produk 'AIoT' akan menerjah pasaran.