Telefon Pintar Razer Tiba Di Asia- Singapura Menjadi Negara Pertama

Umum sudah mengetahui Razer kini sudah memasuki pasaran telefon pintar dengan melancarkan Razer Phone awal bulan ini. Ramai peminat telefon pintar memuji peranti ini walaupun ianya adalah yang pertama kali dari Razer sendiri.



Peranti ini mula ditawarkan di hanya beberapa pasaran sahaja seperti di USA dan di negara UK. Kini Razer Phone sudah mula memasuki pasaran Asia dengan Singapura menjadi negara pertama menerima peranti ini.

Ianya dijual di pasaran US dengan harga $700 iaitu lebih kurang RM 2879 sebelum cukai dan penambahan kos lain.

Ianya dijual secara pra-tempah bermula pada hari ini sehingga 26 November melalui syarikat telko di Singapura, Singtel. Berikut merupakan harga jualan di sana bersama dengan pakej internet.



Sumber