Telefon Pintar iPhone 6 Didakwa Tiba-Tiba Terbakar Dan Meletup Ketika Sedang Diguna

Insiden itu berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di California.


Satu insiden kebakaran telah dilaporkan berlaku pada model telefon pintar Apple iPhone 6 hari  ini.  Peranti pintar yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak perempuan bernama Kayla Ramos yang baru berusia 11 tahun itu mendakwa secara tiba-tiba iPhone 6 miliknya mengeluarkan percikan api.

Dia yang terkejut dengan situasi itu tanpa berfikir panjang telah melempar peranti tersebut ke atas selimut di atas katilnya yang hingga menyebabkan selimut tersebut turut mengalami kebakaran kecil.

Berikutan insiden mengejutkan itu, ibu kanak-kanak tersebut segera menghubungi pihak pihak Apple bagi melaporkan kejadian tersebut.

Pihak Apple telah meminta mangsa menghantar peranti tersebut ke pusat servis Apple berdekatan bagi membolehkan mereka menyiasat punca kejadian itu. Pihak Apple juga memaklumkan akan menggantikannya dengan model sama yang baru kepada mangsa.

https://www.youtube.com/watch?v=DYak_2S8NNk

Secara umumnya, Apple menyatakan bahawa antara punca yang sehingga menyebabkan boleh berlakunya kebakaran pada telefon pintar iPhone termasuklah pemilik menggunakan kabel pengecas yang tidak sah bagi mengecas iPhone mereka.

Walaubagaimanapun, dalam kes ini keluarga mangsa mengatakan bahawa mereka tidak menggunakan sebarang aksesori tidak sah untuk iPhone 6 tersebut.

Setakat ini tiada sebarang komen rasmi dari pihak Apple berkaitan insiden terbaru ini.

Sebelum ini telah dilaporkan berlakunya insiden kebakaran pada produk Macbook Pro 15" sehingga menyebabkan Apple segera memanggil semula model produk tersebut bagi menggantikan bateri Macbook Pro yang terjejas.

Sumber: Turnto23