Telefon Pintar Honor Dengan 4 Kamera Dikhabarkan Pelancarannya 13 Disember Ini

Beberapa minggu yang sudah kita telah melihat Honor tampil memperkenalkan model flagship V10 dan nampaknya itu bukanlah model terakhir untuk 2017.

Satu poster iklan acah telah dimuat naik syarikat berkenaan pada akaun rasmi mereka di Weibo, dimana pelancaran telefon pintar baru bakal dibuat pada 13 Disember ini.

Ada yang beranggapan model yang akan diumumkan itu nanti adalah Honor Note 9 ataupun Honor 9 Lite.



Poster tersebut menampilkan penyanyi dan pelakon China, Hu Ge dan apabila diamati cara pemakaian cermin mata oleh beliau, kita boleh mengagak ia berkaitan dengan lensa kamera.

Pada latarbelakang pula tertera nombor 4 dan ia menguatkan lagi bahawa peranti ini bakal dilengkapi dengan dwi kamera utama dan dwi kamera selfie.

Ketika ini, Honor dan syarikat induk, Huawei, sudah mempunyai model-model yang mempunyai 4 kamera iaitu, Honor 9i bagi pasaran India, Huawei Maimang 6 di China, Huawei Nova 2i di pasaran tempatan, dan Huawei Mate 10 Lite untuk pasaran yang lain.

Sumber: GizmoChina