Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Boleh Ditanggalkan Mungkin Akan Kembali Lagi

Anda mungkin terkenang zaman dahulu, apabila telefon gagal berfungsi jalan paling mudah adalah dengan menanggalkan bateri keluar daripada peranti sebelum  menghidupkannya semula. Tetapi kini tidak lagi kerana hampir kesemua telefon pintar yang berada dipasaran hadir dengan rekaan bateri tidak boleh ditanggalkan.

Ada sebab mengapa pengeluar beralih kepada rekaan sedemikian rupa. Mahu tampilkan rekaan yang lebih nipis, kukuh, elegan serta mempunyai ketahanan air.

Namun kini kedengaran berita peranti dengan bateri yang boleh ditanggalkan mungkin akan kembali dan pengeluar yang disebutkan adalah Samsung.



Menerusi imej diatas, ia memperlihatkan sebuah bateri 3000mAh yang akan dipasang pada peranti dengan  nombor model SM-A013F. Menurut SamMobile, peranti tersebut mungkin adalah dari siri Galaxy A yang kini sedang berada dalam fasa pembangunan. Ia ditawarkan dengan storan 16GB/32GB dan mempunyai pilihan warna hitam, biru serta merah.

Ketika ini, hanya siri Galaxy Xcover sahaja yang diperkenalkan dengan rekaan bateri boleh ditanggalkan dimana hanya untuk kegunaan tertentu serta tidak dipasarkan secara meluas seperti siri-siri lain.

Buat masa sekarang tiada lagi apa-apa pengumuman rasmi dibuat. Adakah anda masih lagi mahukan peranti dengan rekaan bateri boleh ditanggalkan?

Sumber: SamMobile