Telefon Pintar Dengan 4 Kamera Utama Mungkin Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh naib presiden pemasaran DxOMark, Nicolas Touchard. Dia percaya persoalannya bila dan bukan lagi kemungkinan tersebut akan digunakan oleh pembuat telefon pintar di seluruh dunia.

Mengikutnya, keputusan untuk menggunakan sehingga 4 kamera sebagai sistem kamera utama telefon pintar adalah logik. Ini kerana saiz telefon pintar yang kecil membuatkan penempatan sensor kamera yang lebih besar menjadi mustahil. Akibatnya, pelbagai sensor yang lebih kecil perlu digunakan bagi menghasilkan gambar yang setanding dengan kamera profesional yang lain.



Setakat ini cuma peranti P20 Pro dari Huawei menggunakan sehingga 3 kamera sebagai kamera utama mereka. Walau bagaimanapun, menggunakan lebih banyak kamera untuk telefon pintar tidaklah semudah seperti yang disangka.

Setakat ini terdapat khabar angin yang Apple juga sudah bersedia untuk menggunakan sistem kamera seperti P20 Pro dan Google dikatakan mahu menggunakan 2 dwi-kamera sebagai sistem kamera utama selepas 2 generasi Pixel menggunakan kamera tunggal utama.