Telefon Pintar Atau Komputer Anda Dipenuhi Dengan Notifikasi Dari Google Chrome? Ini Cara Untuk Hentikannya

Google Chrome merupakan antara pelayar yang popular digunakan pada komputer mahupun telefon pintar. Ia menyediakan pelbagai ciri untuk memudahkan pengguna termasuklah notifikasi dari laman web.

Anda mungkin memberi kebenaran (sengaja atau tidak sengaja) kepada laman tersebut untuk menghantar notifikasi. Ciri ini berguna tetapi jika terlalu banyak dan kerap notifikasi yang masuk boleh membuatkan kita rimas.

Untuk hentikannya, boleh ikuti langkah-langkah mudah dibawah.

Komputer

  • Buka pelayar Chrome di komputer.

  • Pada penjuru atas kanan , klik pada simbol More dan pilih Settings.

  • Pergi bahagian bawah sekali dan tekan Advanced.

  • Pada senarai menu Privacy and Security cari dan klik Site Settings.

  • Klik Notifications.


Pada bahagian ini anda boleh pilih untuk sekat terus norifikasi dengan menyahaktifkan Ask before sending, atau sekat dari sesuatu laman dengan cara tekan butang Add  pada bahagian Block dan tambah URL laman tersebut.

Android

  • Buka aplikasi Chrome pada peranti Android anda.

  • Pada bar diatas, tekan simbol Moredan klik Settings.

  • Klik Site Settings dan seterusnya Notifications

  • Nyahaktifkan butang (Ask before sending)  atau sekat dan benarkan mana-mana laman web pilihan anda pada menu Block serta Allow


Kini peranti anda tidak lagi dipenuhi dengan notifikasi dari laman web dan sekiranya anda mahukannya semula, ikuti saja langkah-langkah diatas.