Telefon Pintar Android Bajet Rendah Didakwa Sudah Tersedia Dipasang Perisian Hasad

Seorang pengguna bernama Rameez Anwar mendakwa, beliau mengesyaki telefon pintar bajet rendah yang diperolehinya dari program bantuan subsidi kerajaan A.S mengandungi perisian hasad yang tersedia dipasang dalamnya.

Ia berikutan terlalu banyak paparan iklan muncul di dalam telefon pintar tersebut.

Untuk mengesahkan apa yang disyaki itu, beliau telah menghubungi pihak Malwarebytes bagi mendapatkan kepastian.

Hasil daripada ujian yang dibuat oleh oleh Malwarebytes Labs, mereka mengesahkan bahawa memang terdapat perisian hasad yang sudah tersedia ada di dalam telefon pintar Rameez tersebut.

Dalam laporan Malwarebytes yang bertajuk "We found yet another phone with pre-installed malware via the Lifeline Assistance program", model telefon pintar ANS UL40 bajet rendah itu mengandungi 2 perisian hasad iaitu Settings app dan PUP app (Potentially Unwanted Program).

Kapsyen: Kredit: Malwarebytes Labs


1. Settings app

Trojan Android yang bernama Settings berfungsi mengawal tetapan telefon pintar. Bermakna jika dibuang, ia akan menyebabkan telefon pintar menjadi tidak stabil.

"The Settings app is exactly what it sounds like—it is the required system app used to control all the mobile device’s settings. Thus, removing it would leave the device unusable. For the case of the ANS UL40, it is infected with Android/Trojan.Downloader.Wotby.SEK" Malwarebytes Labs.

Menurut Malwarebytes, Settings app dalam telefon tersebut berkeupayaan untuk memuat turun aplikasi dari laman stor pihak ketiga.

"...there is enough evidence that this Settings app has the ability to download apps from a third-party app store. This is not okay." Malwarebytes Labs.

2. PUP app (Potentially Unwanted Program)

Satu lagi perisian hasad yang ditemui dalam telefon pintar Rameez adalah WirelessUpdate yang dikategorikan sebagai PUP app (Potentially Unwanted Program).

Ia merupakan aplikasi berisiko yang berkeupayaan memasang aplikasi lain secara automatik tanpa perlukan kebenaran atau disedari penggunanya.

Daripada penemuan itu, pihak Malwarebytes Labs menyimpulkan bahawa memilih telefon pintar bajet rendah mungkin baik untuk wang anda. Tapi tidak bagi keselamatan data peribadi pengguna.

Berkaitan