Telefon Pintar 6 Kamera Daripada Vivo Sudah Dapat Pengesahan SIRIM

Tempoh hari, Vivo Malaysia sedia mengacah kehadiran sebuah peranti terbaru mereka yang akan dilengkapi dengan 6 kamera. Ketika mana peminat masih lagi berteka-teki menantikan tarikh rasmi pelancaran, perkhabaran terbaru memperlihatkan peranti yang akan dikenali sebagai Vivo V17 Pro itu sudah menerima pensijilan daripada SIRIM. Hal ini sekaligus memberi gambaran bahawa pengenalan rasmi bakal dibuat tidak lama lagi.



Menyertakan 6 lensa kamera, empat daripadanya terletak pada bahagian belakang  yang merupakan kombinasi antara lensa 48MP+8MP+2MP+2MP. Baki dua lensa pula ditempatkan pada panel hadapan dengan mekanisme terangkat, menggandingkan lensa 32MP serta 2MP.



Jangkaan awal, Vivo V17 Pro mungkin diperkenalkan sekitar Oktober depan dan untuk maklumat lanjut, kita nantikan pengumuman daripada Vivo Malaysia.

Berkaitan