Telefon Pertama Dilengkapi Dengan Kamera Hanya Dijual Di Jepun 20 Tahun Lalu

Apabila anda perhatikan pada telefon pintar yang dipasarkan sekarang, pelbagai lensa kamera digunakan. Ada yang turun naik dan tidak cukup dengan itu, bilangan lensa juga ditambah. Satu lensa, dua lensa, tiga lensa.....

Tetapi pernahkan anda terfikir, apakah telefon pertama yang memiliki sistem kamera?

Difahamkan, telefon pertama lengkap dengan sistem kamera adalah Kyocera VP-210. Ia hanya dipasarkan di Jepun sahaja dengan harga 40,000 yen (~RM1465).

Kapsyen: Kyocera VP-210


Walaupunbegitu, ada percanggahan pendapat mengenai perkara ini, dimana ada yang menyatakan Sharp J-SH04 sebagai peranti pertama dilengkapi dengan kamera.

Kapsyen: Sharp J-SH04


Kyocera VP-210 dikatakan telah menjalani pembangunan bermula pada 1997 hingga 1999 sebelum dilancarkan. Sementara Sharp J-SH04 pula dilancarkan sekitar November 2000 yang juga terhad pada pasaran Jepun sahaja.

Peranti dari Kyocera itu didatangkan dengan paparan TFT berukuran 2inci yang menyokong 65,000 warna. Bahagian penjuru atas kanan pula diletakkan dengan kamera talaan hadapan 110,000 piksel. Paparan Sharp J-SH04 hanya menyokong 256 warna sahaja dan kamera 110,000 berada dibahagian belakang.

Projek Kyocera itu bermula di Pusat penyelidikan dan pembangunan Yokohama. Idea itu tercetus dengan menggambarkan keseronokkan komunikasi antara pengguna apabila dapat melihat wajah satu sama lain.

Ia mengambil masa beberapa tahun sebelum diluluskan pengurusan tertinggi yang juga berpandangan rancangan itu mampu menaikkan nama Kyocera.

Sumber: Wireless Watch Japan dan TechSpot

Berkaitan