Telefon Mudah Alih Tanpa Bateri Pertama - Kuasa Dijana Dari Isyarat Radio

Agak payah untuk memikirkan bagaimana sesebuah telefon mudah alih berfungsi tanpa menggunakan bateri. Hal ini kerana, bateri merupakan satu komponen penting dalam menyalurkan tenaga kepada peranti untuk terus kekal berfungsi.

Baru-baru ini, satu kajian telah berjaya mencipta sebuah telefon mudah alih yang pertama tanpa janaan kuasa bateri. Telefon mudah alih berkenaan merupakan hasil ciptaan bersama sepasukan...

  • saintis, dan

  • jurutera elektrik


...dari University of Washington. Menurut salah seorang saintis yang terlibat, Dr. Shyam Gollakota, mereka percaya telefon mudah alih yang berjaya dicipta itu merupakan peranti pertama yang menggunakan hampir sifar kuasa. Ia menggunakan kuasa isyarat radio Ambient dan cahaya.

Beliau dan pasukan pengkaji telah membuang satu proses yang mana ia sering kali menggunakan lebih kuasa dalam transmisi mudah alih. Proses itu adalah menukar isyarat analog kepada data digital yang difahami telefon.

Telefon mudah alih tanpa bateri ini hanya menggunakan 2 hingga 3 mikrowatt dan apabila berada dalam lingkungan stesen pangkalan, ia boleh menyerap gelombang radio yang akan diubah suai dan seterusnya memberi kuasa yang cukup untuk mengangkat panggilan.

Telefon ini juga boleh menghantar isyarat ke stesen melalui kombinasi pantulan isyarat gelombang radio dan denyutan elektromagnetik yang dijana dari getaran diafragma telefon ketika suara melalui mikrofon.

Disebabkan ia tidak mampu untuk memberi dan menerima isyarat dalam masa yang sama, pengguna perlu menekan lama butang untuk membuat panggilan. Mirip kepada penggunaan walki-talkie.

 

Jika ia menggunakan hampir sifar kuasa, sudah pasti tiada aplikasi dan sistem yang "berat" mampu beroperasi dalam telefon ini. Tetapi ia merupakan idea menarik, dan mungkin suatu hari nanti telefon pintar tanpa bateri akan dipasarkan.

https://www.youtube.com/watch?v=5f5JJTmbO4U

Sumber: Sci & News