Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-06-03 at 6.13.22 PM

Galaxy A22 5G Mungkin Datang Dengan Spesifikasi Ini

Diterbitkan Jun 3, 2021 · Dikemas kini Jun 3, 2021 oleh Wiser MY

Samsung bersedia memperkenalkan barisan telefon pintar peringkat pertengahan siri Galaxy A terbaru iaitu Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G.

Selepas cakap-cakap mengenainya tersebar beberapa bulan lepas, hari ini Samsung mengumumkan spesifikasi penuh peranti versi 5G tersebut.

Baca juga – Galaxy A03s, Telefon Bajet Terbaru Oleh Samsung

Screenshot 2021-06-03 174834
pengimbas cap jari di sisi telefon

Galaxy A22 5G menggunakan paparan IPS LCD Infiniti-V berukuran 6.6-inci dengan resolusi 1080 Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, telefon pintar peringkat permulaan ini dijana cip MediaTek Dimensity 700, RAM 4GB/6GB, dan storan dalaman 64GB dan tambahan slot MicroSD.

Seterusnya, bahagian belakang telefon dimuatkan kamera tiga kali ganda iaitu kamera utama 48MP (4K video), kamera ultra-lebar 5MP, dan kamera depth 2MP. Manakala kamera swafoto 8MP pula diletakkan dibalik skrin takuk V.

Ciri lain yang ada pada telefon ini termasuklah audio Dolby Atmos, kapasiti bateri 5,000mAh, serta sokongan pengecasan pantas 15W.

Walaupun harga rasmi belum diberitahu, khabar angin mengatakan ia merupakan telefon pintar 5G termurah oleh Samsung pada tahun ini.

Baca juga – Samsung Exynos Akan Ada “Ray Tracing”, Mungkin Diumum Tahun Ini

Sumber: sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY