Telefon Jatuh Dalam Air, Nak Keringkan Guna Beras. Betul Ke?

Betul ke beras bahan terbaik dalam membantu proses pengeringan telefon yang basah?

Mesti ada diantara anda yang menjawab betullllll.

Kalau admin jawab tak, macam mana?

Kebiasaan yang kita selalu dengar apabila telefon jatuh ke dalam air, lap dahulu dan letakkan telefon tersebut kedalam beras semalaman.

Tapi adakah cara itu paling mujarab sekali ataupun ada bahan lain yang lebih berkesan?

Berdasarkan ujikaji daripada Gazelle, sebuah syarikat yang membeli dan menjual peranti elektronik terpakai, beras bukanlah bahan terbaik untuk mengeringkan telefon anda.

Sebelum kita lihat keputusan dari ujikaji tersebut apa kata kita kenali dahulu bahan-bahan yang dijadikan sebagai ejen pengering:

  • Beras biasa




 

  • Beras segera (Instant rice) - Jangan keliru! beras segera dengan beras biasa berbeza ya.




 

  • Gel silika - Bahan ini sama fungsi macam "pasir kucing". Tempat kucing berhadas.




 

  • "Pasir kucing" - Bahan yang digunakan untuk kucing membuang hajat. Bukan pasir sebenar, tetapi ada yang diperbuat daripada tanah liat atau serdak tumbuhan.




 

  • Couscous - Pasta yang diperbuat daripada tepung semolina yang dicampur dengan air




 

  • Instant oat

  • Rolled oat


Kapsyen: Kiri: Rolled Oat, Kanan: Instant Oat


 

  • Biji Chia




 

Eksperimen ke atas span

Sebelum Gazelle menjalankan ujian dengan telefon yang sebenar, mereka telah menggunakan span untuk mengetahui kadar serapan air ejen pengeringan diatas.

Span ditimbang dahulu, kemudian direndam dengan air, dan ditimbang sekali lagi. Selepas itu ia dimasukkan ke dalam ejen pengering selama 24 jam.

Terdapat 2 span dikeringkan secara terbuka, dan satu lagi dimasukkan ke dalam bekas yang bertutup (2 span ni tak guna ejen pengering pun).

Inilah hasil eksperimen span berkenaan. Mengikut turutan dari paling baik hingga paling teruk:

  • Span yang dibiarkan terbuka - 7.6 ml air diserap

  • Gel silika - 6.1 ml air diserap

  • Pasir kucing - 5.5 ml air diserap

  • Instant couscous - 5.0 ml air diserap

  • Beras segera - 5.0 ml air diserap

  • Instant oat - 5.0 ml air diserap

  • Beras biasa - 4.0 ml air diserap

  • Span di dalam bekas tertutup - 0.7 ml air diserap


 

Eksperimen keatas telefon pintar

Ujian dilakukan melibatkan 3 model telefon pintar:

  • 1 buah iPhone 3G s

  • 3 buah iPhone 4

  • 5 buah Samsung Galaxy S3


Kesemua telefon pintar dijatuhkan ke dalam air dan dibiarkan terendam lebih kurang 10 saat dengan kedalaman air setinggi 12 inci.

Sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang berisi ejen pengering, telefon-telefon berkenaan:

  • Dilap menggunakan tisu terlebih dahulu

  • Dimatikan dengan menanggalkan bateri (model yang boleh cabut bateri, mereka cabut)


Proses pengeringan mengambil masa 72 jam, dan dibawah merupakan hasil eksperimen tersebut.



Jadi selepas diamati dengan dua eksperimen diatas, jelas sekali beras biasa bukanlah bahan terbaik untuk digunakan sebagai ejen pengering.

Mungkin orang kita suka menggunakan beras kerana ia bahan yang senang diperolehi. Pergi dapur je ada beras sekampit. Payah nak jumpa dapur ada gel silika, betul?

So kesimpulan dia gunalah gel silika kalau ada, dan tak digalakkan sangat guna pasir kucing kerana takut serpihan-serpihan bahan tu masuk dan merosakkan komponen telefon pintar.

Sumber: Gazelle