Telefon Ini 'Tapau' Habis Telefon Bawah RM1000 Yang Lain

Apakah perkara penting yang sering kita titik beratkan sebelum membeli telefon baharu? Adakah spesifikasinya? Kualiti kameranya? Ataupun harganya?

Ada peranti yang spesifikasinya padu tapi harganya tidak. Ada peranti yang harganya ngam tapi spesifikasinya pula tidak. Ada peranti yang kameranya cantik tapi harganya pula tinggi melangit.

Mesti pening kepala bukan apabila hendak membuat keputusan beli telefon baru untuk gantikan yang lama yang sudah retak seribu?

Dengan realme 9, peranti terbaharu keluaran realme yang kini sudah mendarat di pasaran tempatan, anda tak perlu gusar lagi.

Selain harganya yang bawah RM1,000, realme 9 masih menawarkan prestasi yang terbaik pada kelas pertengahan.

Anda nak tahu apa hebatnya peranti ini? Teruskan membaca dan don’t belok-belok ke artikel lain.

Prestasi Kamera Setanding ‘Flagship’


Tipulah kalau anda tak pentingkan kualiti kamera sebelum membeli telefon baru kan? 

Walaupun tak berapa pandai ambil gambar, tetap kita inginkan kamera yang baik pada sesebuah peranti. Barulah puas membeli.

Walaupun harga realme 9 adalah mampu milik, lensa kamera utamanya memberikan feel ‘flagship’ yang tak ada dalam telefon bajet.



Realme 9 didatangkan dengan kamera ProLight 108MP dengan sensor HM6 yang serba baharu. Biasanya sensor kamera 108MP ditawarkan pada peranti dari segmen yang lebih mahal jadi untuk peranti kelas pertengahan mempunyai sensor sebesar ini, pastinya menjadikan prestasi kamera telefon ini terbaik dalam kelasnya.

Dengan teknologi Nonapixel Plus, kamera ini boleh menghasilkan kecerahan maksimum setinggi 1.6 kali lebih tinggi daripada HM2 sebelumnya.



Nonapixel Plus ialah teknologi baharu 9 dalam 1. Berbeza dengan teknologi 3-average HM2, teknologi ini benar-benar menggabungkan 9 piksel menjadi satu. Peningkatan sensitiviti cahaya gelap-rendah dan keupayaan kawalan hingar melalui teknologi ini pula pastinya akan menghasilkan shot malam yang sangat cemerlang.

Dalam erti kata lain, peningkatan cahaya ke dalam foto yang diambil pada waktu gelap menjadikan foto yang diambil lebih terang dan jelas. Bukan itu sahaja, disebabkan 100% piksel yang dilengkapi dengan PDAF, ketepatan fokus HM6 adalah 9 kali lebih tinggi berbanding HM2.





Jadi, ini akan memberikan anda pengalaman memfokus gambar yang lebih pantas dan mudah untuk mengambil gambar yang jelas dan tajam.

Nak kawal zon fokus dan zum dengan mudah semasa ambil gambar? Mudah, ianya boleh dilakukan secara manual dengan hanya beberapa swipe dan tap sahaja jikalau anda nak lakukan sedemikian.

Paparan Cantik Dan Cerah


Selain prestasi kamera yang cemerlang, feel pada skrin realme 9 turut menawarkan pengalaman mewah seperti peranti ‘flagship’.



Realme 9 direka dengan paparan Super AMOLED dengan input sentuh 360Hz dan kadar segar semula 90Hz. Ini membolehkan anda menikmati sentuhan pada skrin yang lebih lancar dan memuaskan. Bersama-samanya lagi, sistem cap jari bawah skrin dengan sensor degupan jantung serta panel 2.5D Corning Gorilla Glass 5 yang cukup tahan lasak.

Tak cukup dengan itu, realme 9 menawarkan pelarasan kecerahan hingga ke 10240 tahap yang biasanya digunakan pada peranti ‘flagship’. 10240 tahap ini merangkumi tahap kecerahan umum yang boleh pergi sehingga 8192 tahap manakala 2048 tahap selebihnya dalam keadaan kecerahan tinggi.

Senang cerita, warna paparan lebih terang, tepat, dan jelas walaupun berada bawah cahaya matahari.

Rekaan Penuh Seni


Kalau anda rasa siri redmi note yang ketebalannya 8mm dah paling nipis, model realme 9 ini lagi nipis, hanya setebal 7.99mm. Dalam kelompok rakan sejagatnya, badan realme 9 ialah paling nipis tetapi selesa untuk dipegang. 



Bukan itu sahaja, rekaan holografik pada realme 9 ini turut memberikan penampilan yang lain daripada yang lain. Nak hasilkannya sahaja sudah melalui proses Pencetakan UV-nano dan dilapis dengan Plasma Atom yang sangat unik. 

Tambahan lagi, melalui 6 lapisan rekaan yang cukup indah, satu tekstur unik terbentuk pada panel belakang telefon seolah-olah memberikan seni cahaya artistik pada tapak tangan anda.

Teknologi Cip Terbaik Dalam Kelasnya


Selain kamera dan skrin yang memuaskan, saiz pemproses pada peranti ini juga dikira paling maju dalam segmen kelas pertengahan. Snapdragon 680 menggunakan pemproses 6nm, ia mampu menghasilkan penggunaan tenaga 30% lebih rendah daripada Helio G96 yang menggunakan pemproses 12nm.







Lebih menarik lagi, cip ini juga memberikan kelajuan CPU 2400 MHz yang 17% lebih tinggi berbanding G96 dengan 2050 MHz sahaja. Memang tak dinafikan lagi, prestasi penggunaan tenaga pada realme 9 cukup cekap dan pantas.

Harga Bajet Tapi Berkuasa Tinggi


Seperti yang dinyatakan tadi, realme 9 ialah peranti kelas pertengahan atau bajet yang direka dengan spesifikasi tinggi. 

Dengan spesifikasi yang ditawarkan, realme 9 ini dijual pada harga RM899 untuk varian 6GB + 128GB dan RM999 untuk 8GB + 128GB.

Memang sangat berbaloi untuk anda yang mahukan telefon bajet tapi berkuasa tinggi.



Jika berminat, anda boleh klik pada harga di bawah untuk dapatkan realme 9.
6GB + 128GB - https://bit.ly/96128prshp (RM899)

8GB + 128GB - https://bit.ly/98128prshp (RM999)

*Advertorial ini dibawakan oleh realme