Telefon Ini Rancak Dengan RAM Dan Skrin Sedap Mata Memandang Tapi Harga Tak Berdosa

Sekiranya kita lihat pasaran telefon pintar android pada masa sekarang, sudah banyak peranti yang menawarkan memori yang banyak. Tidak cukup dengan sedia ada, terdapat juga RAM tambahan menjadikannya memang rancak untuk digunakan.

Bercakap tentang rancak, OPPO ada sebuah telefon pintar yang dilengkapi memori yang amat banyak tetapi harganya tidak ‘berdosa’. Bermakna, harganya memang mampu milik.

Telefon yang dimaksudkan itu adalah OPPO A95 dan ia merupakan penawaran baharu dalam keluarga OPPO siri-A. Namun, bukan sahaja memori, ada lagi beberapa perkara menarik berkaitannya.

Nak tahu apakah yang menarik, mari teruskan membaca.

Memori Banyak, Boleh Tambah Lagi


Seperti yang diperkatakan di awal tadi, OPPO A95 menawarkan memori yang banyak. Telefon ini hadir dengan 8GB RAM LPDDR4x memori. Dipadankan pula bersama storan dalaman sebesar 128GB UFS 2.1. Dengan ini sahaja, sudah cukup memberikan pengalaman penggunaan peranti yang cukup baik.

Jika tidak cukup memori yang diberikan, anda boleh ‘download’ RAM. Ini kerana OPPO A95 turut mempunyai RAM maya atau pengembangan RAM (RAM Expansion) sehingga 5GB dan menjadikan jumlah RAM adalah 13GB.



Melalui RAM yang ditambah, ia dapat mengurangkan kehilangan kadar bingkai (frame loss rate) ketika prestasi telefon sedang digunakan pada tahap tertinggi.

Selain itu, ia juga dapat merendahkan pemecahan memori (fragmentation of memory) ketika mana banyak aplikasi yang dibuka secara serentak. Kebiasaannya, apabila banyak aplikasi dibuka tetapi RAM kecil, ia akan menjejaskan prestasi.

Akhir sekali, RAM besar ini turut meningkatkan prestasi membaca data. Maknanya, anda lebih pantas dalam melihat aplikasi yang dibuka.

Bateri Besar Tapi Cas Laju


Siapa sahaja mahu menggunakan telefon pintar tetapi dalam tempoh yang singkat? OPPO A95 tidak akan memeningkan kepala anda lagi.

Mananya tidak, telefon ini dibekalkan bateri sebesar 5000mAh dan paling penting, ia menyokong kelajuan mengecas 33W Flash Charge.

Dengan pengecasan penuh, ia boleh digunakan sehingga 56.5 jam untuk panggilan, YouTube selama 17.8 jam dan gaming sehingga 10.2 jam.



Oleh itu, tidak lagi perlu khuatir tentang kehabisan bateri semasa sedang berhibur. Tambahan lagi, bateri sebesar itu juga disokong pengecasan pantas.

Sekiranya cas hanya dalam 5 minit, anda boleh membuat banyak perkara seperti 5.73 jam panggilan, Instagram selama 1.37 jam dan YouTube pula sehingga 1.81 jam.

Manakala, 15 minit cas memberikan anda bateri sehingga 30% dan cas penuh 100% pula hanya mengambil masa dalam 72 minit.

Skrin Cantik, Rancak Layan ‘Content’


RAM sudah besar, bateri pun sudah besar, bagi melengkapkan kepuasan hiburan, semestinya ia adalah skrin.

OPPO A95 tidak boleh dipandang rendah kerana ia dilengkapi paparan seluas 6.43 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 90.8% dan menggunakan panel AMOLED. Visual yang terpapar juga cantik kerana resolusinya adalah 2400x1080. Sementara paparannya menyokong kadar segar semula 60Hz.



Di skrinnya lagi, terdapat paparan berlubang yang menempatkan lensa swafoto. Namun, sedikit tambahan kerana terdapat cahaya pada sekeliling lensa tersebut.

Fungsi cahaya itu adalah untuk memberitahu anda bahawa kamera sedang digunakan. Sekaligus meningkatkan lagi privasi.

Rupa Paras Menawan




Seperti biasa, OPPO sering menawarkan peranti yang mampu menarik minat ramai individu kerana rupa bentuk dan warnanya.

Telefon ini mempunyai rekaan OPPO Glow Design yang mana ia adalah eksklusif daripada OPPO.

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan, iaitu Glowing Rainbow Silver dan Glowing Starry Black. Glowing Rainbow Silver mempunyai warna warni ibarat pelangi dan Glowing Starry Black pula ibarat bintang-bintang di langit.



Selain itu, bagi anda yang menggunakan peranti ini juga dapat menikmati pengalaman berbeza kerana panel belakangnya akan memberikan visual yang cantik ketika dilihat pada persekitaran yang berbeza.

Walaupun warnanya berkilat, ia tidak akan meninggalkan cap jari. Sebabnya adalah kemasan belakang adalah daripada matte yang mana ia sering dilihat pada peranti berkelas andalan.

Oleh yang demikian, tiada lagi kesan cap jari yang melekat pada peranti. Secara tidak langsung, telefon OPPO A95 akan terus kekal kelihatan bersih atau lebih mesra dipanggil nampak ‘clean’.

Harga Yang Tidak ‘Berdosa’


Kita sudah lihat spesifikasinya yang cukup rancak di sana sini tetapi berapakah harganya?

Harga bagi OPPO A95 tidak begitu keras kerana ia hanya dijual pada tanda harga RM1099 sahaja di mana jualan pertama bermula 20 November ini. 



Menariknya lagi, sekiranya anda membelinya bermula hari ini hingga 14 Disember 2021, anda boleh dapat fon telinga TWS Enco Buds dengan hanya menambah RM1

Selain itu, pelanggan My OPPO App Members turut boleh menerima tawaran baucar Starbucks buy 1 get 1 free handcrafted Grande-sized beverage serta kerangka pelindung (case) telefon terhad yang bernilai RM99.



Bukan itu sahaja, OPPO turut mengadakan jerayawara (road show) jualan pertamanya yang mana sudah pun berlangsung dan akan berakhir pada 21 November.

Di sini anda berpeluang menerima bank kuasa pengecasan kilat VOOC OPPO serta banyak lagi hadiah menarik tetapi promosi ini terhad pada 20 November sahaja.



Malah, terdapat juga hadiah-hadiah bernilai sehingga RM70,000 jika anda membeli sebarang telefon pintar OPPO.



Pada masa sama, terdapat promosi eksklusif di OPPO Brand Stores bermula 20 November hingga 30 November dimana pembeli boleh mendapatkan OPPO Band dengan hanya menambah RM95 sahaja.

Tambahan lagi, bagi anda yang gemar membeli-belah dalam talian, OPPO ada beri pilihan dengan membeli peranti secara dalam talian dan mengambilnya dari mana-mana kedai OPPO Brand Stores. Bahkan, cara ini juga akan menerima jaminan tambahan sehingga 6 bulan.



Oleh yang demikian, anda boleh layari gedung dalam talian rasmi OPPO atau di Shopee dan Lazada sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan OPPO A95 serta jualan pertamanya, boleh tekan pautan INIBagi terma dan syarat, klik pautan INI.

**Artikel Ini Dibawakan Oleh OPPO Malaysia