Telefon Ini Ada Fungsi Penting Untuk Swafoto Menawan Yang Tiada Pada Telefon Lain


Tidak dinafikan pengguna mahukan kualiti gambar swafoto yang menarik lebih-lebih lagi pada era media sosial ini.

Disebabkan itu, ramai pengeluar hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi khusus semata-mata untuk memberikan penawaran terbaik dalam aspek swafoto.

vivo merupakan salah satu jenama tersebut. Namun, vivo juga ada penawaran menarik bagaimana untuk menjadikan gambar swafoto yang diambil lebih sempurna melalui siri vivo V20.


Memperkenalkan Eye Autofocus


Eye Autofocus atau pemfokusan mata merupakan ciri yang selalu didengar pada kamera DSLR ataupun mirrorless. Secara ringkasnya, Eye Autofocus membantu lensa fokus lebih pantas dengan menjejak mata subjek.



 

Namun begitu, untuk telefon pintar, fungsi ini masih belum wujud. Tetapi vivo menawarkan fungsi Eye Autofocus ini pada vivo V20 dan juga V20 Pro. Secara tidak langsung siri V20 merupakan telefon pertama yang hadir dengan fungsi ini.

Mengapa Perlunya Eye Autofocus?


Siri vivo V20 dilengkapi dengan 44MP Eye Autofocus. Dengan Eye Autofocus, lensa kamera boleh memfokus secara automatik dan tepat walau dari jarak sejauh mana pun.



Pada situasi yang tidak stabil ataupun bergegar, Eye Autofocus membantu menyelesaikan masalah fokus dengan mudah kerana subjek tidak akan kabur baik ketika menangkap gambar ataupun merakam video.



Dengan ciri fokus pantas ini juga, vivo menawarkan fungsi khusus penstabilan video tanpa kabur melalui Steadiface. Fungsi ini sangat berguna terumatanya untuk vlogger memandangkan video yang diambil akan tidak mempunyai masalah dari segi pemfokusan muka pengguna.

Kamera Yang Fleksibel untuk Pelbagai Situasi


Siri V dalam jenama vivo sekian lamanya sentiasa hadir dengan fungsi fotografi. Jika pada waktu malam atau kurang cahaya pula, Softlight Super Selfie akan membantu mencerah dan menerangkan keseluruhan muka anda.

Tambahan lagi, Selfie Softlight Band pula akan berfungsi seumpama lampu studio dengan menyertakan cahaya lembut untuk warna kulit pengguna yang asli.

Siri vivo V20 mempunyai 3 lensa kamera dengan 64MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP makro. Dengan kamera ini, anda boleh mengambil gambar yang jelas dan menyokong pelbagai mod seperti sudut lebar, makro, bokeh, dan kesan hitam putih.



Anda boleh menggunakan Super Night Mode untuk penggambaran malam yang lebih menawan dan juga mod terbaru Tripod Night Mode untuk penstabilan gambar lebih lama yang mencantikkan lagi suasana malam gambar.



Siri V20 hadir dengan profil nipis 7.38mm dan juga ringan 170g. Dengan dimensi sebegini sudah tentu ia memberikan pengalaman selesa ketika menggunakannya.



Untuk anda yang berminat dengan siri V20, boleh dapatkannya sekarang di laman rasmi vivo Malaysia dan juga pengedar sah vivo di seluruh negara.

*Advertorial dari vivo Malaysia