Telefon Huawei Sedia Ada Masih Boleh Menggunakan Play Store & Servis Google Lain – Jurucakap Google

Reading Time: 1 minute

Tak sampai sehari berita tentang penarikan lesen Android Huawei, syarikat itu menerima pelbagai tamparan hebat termasuklah penggantungan kerjasama bisnes dengan syarikat-syarikat pembekal.

Bagaimanapun sekiranya anda pengguna Huawei sedia ada, anda tidak perlu gusar dengan penarikan lesen terbabit kerana peranti sedia ada masih boleh menggunakan servis Google yang lain seperti Play Store, Youtube atau Gmail dan sewaktu dengannya.

Fungsi Play Protect juga masih berfungsi seperti biasa. Hanya peranti model yang akan datang sahaja yang bakal bermasalah.

Japan Times melaporkan jurucakap Google sebagai berkata: “Kami sedang menyesuaikan dengan arahan(pengharaman Huawei di Amerika) dan sedang mengkaji kesannya.”

“Untuk pengguna servis kami, Google Play dan fungsi keselamatan dari Google Play Protect akan terus berfungsi di peranti sedia ada,” kata jurucakap terbabit.

Kesan dari penarikan lesen itu dilihat sangat minimal di pasaran China namun sangat besar di peringkat global.

Sumber: JP

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *