Telefon HONOR Dijangka Bakal Kembali Dengan Akses Google Tidak Lama Lagi

HONOR kini dimiliki oleh konsortium China New Information Technology selepas dijual Huawei dan tidak lagi terkesan dengan sekatan dagangan Amerika Syarikat.

Melalui temu ramah eksklusif dengan South China Morning Post, CEO HONOR telah menjawab persoalan utama peminat mereka - Adakah HONOR akan menyokong Google Mobile Services selepas ini?

Beliau mengesahkan mereka telah pun berbincang dengan Google dan semua orang boleh menjangkakan kerjasama mereka pada telefon HONOR tidak lama lagi.

Sebelum ini juga, HONOR telah pun menyambung kerjasama semula dengan Qualcomm, Intel, MediaTek, AMD, dan lain-lain. Dengan penambahan berita Google ini, ia ibarat melengkapkan kepingan teka-teki terakhir dalam perniagaan HONOR.

Buat masa ini, HONOR masih belum menyatakan bilakah kerjasama semula  dengan Google ini akan dimulakan atau telefon mana yang akan mempunyai GMS kelak.

Sumber: SCMP