Telefon Gaming Redmi Akan Dilancar Hujung Bulan Ini

Terdahulu, kami telah melaporkan bahawa Redmi bakal memperkenalkan telefon gaming pertama mereka yang mana ia dikuasakan cip Dimensity 1200.

Terbaru, Xiaomi telah mengesahkan dimana mereka akan melancarkan telefon tersebut pada penghujung April ini.

Selain itu, ia dikhabarkan telefon ini juga akan membawakan spesifikasi andalan dengan ciri-ciri menarik yang mengkhususkan permainan mudah alih.



Tambahan lagi, peranti dengan nombor model M2104K10C dijangka akan dilengkapi kadar penyegaran yang tinggi, bateri yang besar, pengecasan pantas dan pasti tanda harga yang mampu milik.

Buat masa sekarang, Xiaomi masih belum memaklumkan tarikh rasmi pelancarannya. Oleh itu, sama-sama kita nantikan kelak.

Sumber: ithome