Telefon Flagship Terbaru Oppo Telah Tertiris

Oppo telah bercadang untuk mengeluarkan telefon flagship terbaru mereka pada 10 Jun, tetapi mungkin tidak menjadi kejutan kepada orang ramai kerana terdapat banyak pendedahan mengenainya.

RayArena telah berjaya mendapat sebuah video pendek mengenai peranti tersebut.

https://youtu.be/B-qCe4I5j6Y

Peranti R11 itu akan dijual dalam 4 pilihan warna: emas, rose gold, perak dan hitam.

Spesifikasi peranti tersebut adalah seperti berikut:

  • Paparan 1080p dengan saiz 5.5-inci

  • Cip Snapdragon 660

  • 4 GB RAM, 64 GB ruang penyimpanan

  • Kamera dual 20 MP

  • Bateri 3,000 mAh

  • Pengimbas cap jari


Ada ura-ura yang versi lebih besar, R11 Plus akan dikeluarkan yang menampilkan paparan dan bateri yang lebih besar.

Sumber