Telefon 'Flagship' Apple Dari 2015 Terjual Lebih Banyak Dari Samsung

Selepas menganalisa data jualan dari 35o telefon pintar berbeza, satu kajian baru daru IHS Markit mendedahkan iPhone 6s Apple adalah yang paling model telefon pintar paling popular pada tahun 2016. Salah satu fakta yang menarik yang diambil dari laporan itu ialah jualan iPhone 6s tahun lepas telah mengatasi jumlah jualan kedua-dua Galaxy s7 edge dan Galaxy s7 Samsung.

Sejujurnya, perbandingan tersebut tidak secara langsung kerana iPhone 6s berada di pasaran untuk jangka masa 12 bulan sepangjang 2016. Berbeza pula untuk Samsung s7/s7 Edge, yang bermula jualan sehingga awal Mac-9 bulan dalam tempoh yang sama pada tahun 2016. Namun apabila pelancaran iPhone 7 dalam bulan september 2016, jangka masa untuk iPhone 6s dan s7/s7 Edge sebagai pilhan premium kepada organisasi masing-masing berada pada kedudukan yang agak sama.

"Apple sekali lagi telah menunjukkan yang iPhone terbaru mereka mempunyai inovasi dan fungsi baru yang mencukupi bagi memacu jualan  dan kekal berjaya di pasaran," IHS berkata di dalam sidang media. "Syarikat itu juga mampu menjual peranti lama untuk jangka masa yang lebih panjang. Sebagai contoh, iPhone 6s dan 6s Plus adalah antara model yang banyak terjual pada tahun 2016."

Walaupun Samsung melancarkan telefon terbaru mereka agak lambat dari iPhone 6s, laporan itu mendapati Samsung pada tahun 2016 masih berjaya menjual 10 juta model s7/s7 Edge lebih dari mereka menjual s6 dan s6 Edge pada tahun 2015.

Tambahan lagi, seperti carta di bawah, pelbagai model telefon pintar Samsung dipilih sebagai 5 dari 10 terbaik bagi penjualan telefon pintar pada tahun 2016.

i.img

Melihat kehadapan, jualan iPhone masih lagi relevan dalam pasaran dan tak akan berkurang  dalam masa terdekat. Dengan Apple bakal melancarkan iPhone yang dikhabarkan hadir dengan paparan tidak berbingkai OLED akhir tahun ini, ada penganalisis percaya Samsung akan mengalami penurunan dalam keseluruhan jumlah penjualan telefon pintar mereka.

Sumber