Telefon Ekstra Dari Kodak Ini Memiliki Kamera 21MP Dan Ciri Seperti DSLR

 

Dilihat jenama lama popular suatu ketika dahulu seperti Nokia HMD Global membuat kemunculan semula ke pasaran, tidak ketinggalan juga Kodak.

Kodak, jenama dibawah syarikat pengedaran Bullitt Group telah memperkenalkan telefon pintar Kodak yang memfokuskan fotografi, digelar Kodak Ekstra.



Yang menjadi perhatian tentang peranti ini sudah semestinya kamera. Ekstra memiliki sensor kamera sebesar 21-Megapiksel bersama aperture f/2.0 dan kamera depan 13-Megapiksel bersama ciri PDAF dan aperture f/2.2.





Kelebihan kameranya terletak di perisian kamera itu sendiri dengan menampilkan ciri seperti DSLR iaitu 'Scene Selection Dial' yang membenarkan ubahsuai tetapan kamera secara real time termasuklah HDR, Landscape, Potrait, Macro, Sport, Night Time dan Panorama. Aplikasi filter Snapseed juga sudah tersedia di dalamnya.

Ekstra dibina dengan cip pemprosesan MediaTek Helio X20 10-teras pada kelajuan 2.3GHz. Peranti ini turut memiliki RAM bersaiz 3GB dan storan dalaman 32GB.

Kapsyen: Perbandingan saiz antara Kodak Ekstra, HTC U11 dan S8




Paparan skrin pula bersaiz 5 inci pada resolusi 1080p dan kapasiti bateri 3000mAh. Secara teorinya telefon ini bersaing dengan model seperti Moto G5 dan Honor 8 Lite pada takuk harga RM 1300.

Sumber