Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat Pertama Dilancarkan, Namun Bukan Dari Samsung Atau Huawei

Samsung dan Huawei merupakan dua syarikat yang sering bersaing sesama mereka. Keduanya turut bersaing rapat dalam menghasilkan telefon dengan skrin boleh lipat pertama bersama-sama pengeluar lain seperti Lenovo dan LG.

Di sebalik persaingan di antara nama-nama besar tersebut, Rouyu Technology secara tiba-tiba telah berjaya menghasilkan telefon dengan ciri berkenaan dengan nama FlexPai. Video mengenai peranti itu telah dikirimkan di lama Twitter oleh @UniverseIce.

https://twitter.com/UniverseIce/status/1057568515324952577

Ia dikatakan akan hadir dengan cip pemprosesan terbaru Snapdragon 8150, menjadikannya kejutan kedua yang berlaku pada peranti ini. Dari segi kamera pula, telefon ini akan hadir dengan dwi kamera utama 16MP+20MP disamping pengecasan pantas yang boleh mengecas sehingga 80% dalam masa satu jam.

Rouyu dilaporkan telah membuka pra-tempahan untuk FlexPai bersaiz 7.8-inci ini bermula semalam, dan ia dipasarkan pada harga permulaan setinggi RMB 8,999(~RM 5,405). Telefon ini akan mula diedarkan pada Disember nanti.
*Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan samada peranti ini akan dipasarkan secara besar-besaran atau tidak. Penggunaan cip Snapdragon 8150 yang masih belum diumumkan juga menyebabkan kami tidak meletak 100% kepercayaan terhadap peranti ini.

 

Sumber: Android Authority