Pada tahun lalu, Google telah mengesahkan dalam usaha membangun protaip serta mempatenkan teknologi peranti boleh lipat. Kini, maklumat yang tertiris telah mendedahkan kemungkinan peranti itu akan dilancarkan pada tahun 2021.
Dalam teknologi peranti boleh lipat, Samsung adalah yang pertama melancarkannya. Namun, Galaxy Fold berhadapan dengan pelbagai isu yang memberi impak kepada ketahanan dan prestasi peranti. Ia diperkenal pada awal 2019, tetapi pelancarannya ditangguh hingga September berikutan beberapa masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Selain Galaxy Fold, Samsung turut melancarkan Galaxy Z Flip iaitu sebuah peranti berukuran telefon pintar yang boleh dilipat dua dimana ia juga mempunyai masalah ketahanan.
Google mungkin perlu mengambil kira pelbagai masalah yang timbul sebelum melancarkan peranti boleh lipat tersebut. Dalam pada itu, Google memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai khabar angin atau spekulasi.
Sumber: 9to5Google via Macrumors
Berkaitan
- Google Perkenal Papan Kekunci 'TalkBack' Braille Untuk Pengguna OKU Penglihatan
- Google Play Store Bolehkan Pengguna 'Uninstall' Aplikasi Peranti Yang Disambung
- Google Maps Kembali Ditawarkan Pada Apple Watch
- Rekaan Dipercayai Google Pixel 5 Telah Didedahkan
- Google Sahkan Nearby Share Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Google I/O 2024 Akan Diadakan Pada 14 Mei
- Belum Sokong Pembayaran Google Pay, Maybank Akan Pertimbang Kelak
- Pengguna iOS, Android Kelak Boleh Akses Ciri Berbayar Google Photos Secara Percuma
- Acara Terbesar Google Tahun Ini, I/O 2020 Dibatalkan
- Telefon Boleh Lipat Google Pixel Dilapor Akan Hadir Seawal Hujung Tahun Ini