Telefon Boleh Lipat Google Pixel Dilapor Akan Hadir Seawal Hujung Tahun Ini

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, spekulasi menyatakan beberapa pengeluar telefon pintar akan melancarkan telefon boleh lipat pada tahun ini. Antara pengeluar yang dikhabarkan akan memasuki segmen pasaran peranti boleh lipat termasuk Xiaomi, OPPO dan Google.

Terbaru, Jon Prosser melalui ciapan di Twitter mendakwa sememangnya wujud telefon boleh lipat Google Pixel.

https://twitter.com/DSCCRoss/status/1365077924089585664

Penganalisis terkenal, Ross Young juga mengesahkan kenyataan Prosser dengan menyertakan ciapan yang dibuat olehnya beberapa bulan lalu.

Sementara itu, menjawab persoalan seorang pengguna, Prosser menyatakan telefon boleh lipat Google Pixel dijangka akan dilancarkan sekitar hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

https://twitter.com/jon_prosser/status/1365060898554077194

 

Terdahulu, laporan beberapa hari lalu mengatakan Samsung akan membekalkan skrin OLED boleh lipat kepada Google, Xiaomi dan OPPO.

Melihat kepada penawaran Google Pixel sedia ada, kita juga mungkin akan menyaksikan ciri perisian berbeza berbanding telefon boleh lipat Android yang lain.

Sumber: GizmoChina