Telefon BlackBerry Aurora [Made In Indonesia] Sudah Mula Dipasarkan ke Seluruh Indonesia

Walaupun TCL memegang lesen sepenuhnya untuk pasaran telefon pintar BlackBerry ke seluruh dunia, tetapi terdapat negara yang dikecualikan. Salah satunya ialah Indonesia, di mana syarikat tempatan BB Merah Putih akan membangunkan, memasarkan, dan menjual sendiri telefon berjenama BlackBerry.

8va3WJVRUM

Telefon berjenama Blackberry buatan Indonesia yang pertama dipanggil Aurora. Syarikat BB Merah Putih akan membuat perasmian peranti tersebut pada esok hari dan akan dijual ke pasaran Indonesia bermula pada 16 Mac. Ianya sudah mula dijual secara pre-order pada harga IDR 3.499.000 iaitu lebih kurang RM 1154.00.

BlackBerry Aurora memiliki sistem operasi Android 7.0 Nougat dan 5.5 inci paparan skrin bersama resolusi 720p. Ianya menggunakan cip set Qualcomm Snapdragon 425 1.4 GHz (quad-core Cortex-A53 CPU), RAM bersaiz 4G bersama storan dalaman 32GB dan kapasiti bateri sebanyak 3000mAh.

Sumber