Telefon Blackberry Akan Dibina Dan Dijual Oleh Syarikat TCL

Pada bulan September yang lepas Blackberry telah mengumumkan syarikat mereka akan operasi pembinaan telefon mereka sendiri. Syarikat dari Kanada ini memberitahu mereka akan berkerjasama dengan syarikat pembuat hardware dalam menghasilkan telefon Blackberry yang akan datang.

Hari ini Balckberry telah mengesahkan mereka akan berkerjasama bersama syarikat pembuat barangan elektronik dari Cina iaitu TCL. TCL sebelum ini juga telah menjual telefon pintar dibawah jenama Alcatel. Blackberry juga menambah TCL akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti pembuatan dan penjualan telefon pintar Blackberry di masa akan datang. Pihak Blackberry akan fokus terhadap pembinaan software dan lesen sahaja.

Namun berita tentang kerjasama kedua-dua syarikat ini tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini mereka telah melancarkan DTEK50 dan DTEK60. Kedua-dua model telefon ini telah dijenamakan semula menggunakan jenama Alcatel. Mungkin tahun depan kita akan dipamerkan dengan strategi yang sama dari Blackberry/TCL/Alcatel. Ini bermakna TCL ajan menjadi syarikat pemasaran eksklusif untuk telefon Blackberry dan Alcatel di beberapa negara. Ianya tidak termasuk India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan Indonesia. Pihak Blackberry masih lagi belum mengesahkan tentang pasaran telefon mereka di beberapa buah negara yang telah disebutkan, tetapi besar kemungkinan Blackberry akan masih menggunakan syarikat pembuat hardware yang lain untuk memasarkan telefon mereka.

 

 

gsmarena_002-2