Telefon Bawah RM1,000 Yang Berbaloi Dimiliki Setakat Februari 2019

Sejak beberapa minggu yang lalu, kami sering menerima mesej masuk daripada para pembaca mengenai peranti bawah RM1000 yang terbaik untuk dimiliki.

Bagi menjawab persoalan tersebut, kami akan senaraikan lima(5) telefon pintar berharga bawah RM1,000 paling berbaloi untuk dimiliki setakat Februari 2019.

1. ASUS Zenfone Max Pro M2 6GB RAM/64GB - RM999

Kapsyen: Smartprix


Seperti peranti generasi terdahulu, Zenfone Max Pro M2 didatangkan dengan bateri berkapasiti besar 5000mAh.

Namun pada kali ini, ia didatangkan dengan cip pemprosesan lebih baik(Snapdragon 660AIE) serta skrin lebih besar(6.3-inci LCD) yang dilindungi panel Corning Gorilla Glass 6.

Spesifikasi lain : Dwi-kamera Utama(12MP+5MP), Kamera hadapan 13MP, mikroSD sehingga 2TB, Android 8.1 Oreo

2. Honor 10 Lite 3GB RAM/64GB - RM 799



Walaupun muncul sebagai versi "lite" bagi HONOR 10, peranti ini tidaklah mengecewakan dan terlalu jauh berbeza dengan HONOR 10.

Bagi anda yang meminati swafoto, peranti ini mungkin boleh menjadi pilihan anda kerana dengan harga RM799, ia menawarkan kamera hadapan dengan sensor 24MP f/2.0.

Spesifikasi lain: Skrin 6.21-inci LCD, Cip Kirin 710, Bateri 3400mAh, Dwi-kamera utama 13MP + 2MP, mikroSD sehingga 512GB, EMUI 9

3. HONOR 8X 4GB RAM/128GB - RM949



Satu lagi model HONOR dalam senarai ini. Antara daya tarikan terbesar pada peranti ini pastinya simpanan dalamannya yang sebesar 128GB.

Selain itu, peranti ini turut hadir dengan tetapan kamera berkualiti iaitu 20MP+2MP bagi kamera utama dan 16MP untuk kamera hadapan.

Spesifikasi lain: Skrin 6.5-inci FHD LCD, Cip Kirin 710, Bateri 3,750mAh, mikroSD sehingga 400GB, EMUI 8  

4. Xiaomi Redmi Note 6 Pro 4GB RAM/64GB - RM999



Xiaomi memang terkenal dengan penawaran peranti berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

Apa yang menarik pada Redmi Note 6 Pro ini ialah ia hadir dengan 4 lensa kamera di mana dua untuk kamera utama(12MP+5MP) dan dua lagi untuk kamera hadapan(20MP+5MP). Baterinya juga agak besar iaitu berkapasiti 4000mAh.

Spesifikasi lain: Skrin 6.26 FHD LCD, Cip Snapdragon636, mikroSD sehingga 256GB, MIUI 9

5. Realme 2 Pro 4GB RAM/64GB - RM849

Kapsyen: AndroidPIT


Peranti ini merupakan pemangkin kepada kebangkitan jenama Realme di pasaran. Ia didatangkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 dengan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Bagi tetapan kameranya pula, ia dilengkapi sistem dwi-kamera utama 16MP+2MP serta kamera hadapan berlensa tunggal 16MP.

Spesifikasi lain: Skrin 6.3-inci FHD LCD, mikroSD sehingga 256GB, ColorOS 5.2

Senarai ini akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa memandangkan jarak pelancaran di antara satu peranti ke satu peranti baharu semakin singkat kebelakangan ini.

Peranti-peranti di atas membuktikan anda tidak lagi perlu berbelanja besar untuk memiliki peranti yang bagus hari ini.

Ada ke peranti milik anda yang tersenarai pada senarai kali ini? Jika ada, kongsikan kepada kami pengalaman anda menggunakannya di ruang komen ya.