Telefon Bawah RM1000 Dengan Prestasi Baik

Pada Mei 2020, Realme telah melancarkan sebuah peranti berharga RM999 tetapi mempunyai keupayaan yang baik iaitu Realme 6. Kami akan kongsikan kepada anda pengalaman gaming menggunakan peranti ini.

Realme 6 didatangkan dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, Realme 6 juga dikuasakan dengan cip Mediatek Helio G90T, memfokuskan kepada permainan mudah alih.

peranti budget

Pada gaming test kali ini, kami lebih mahu menguji prestasi cip tersebut kerana ia merupakan cip yang memfokuskan kepada gaming. Selain itu, kami juga merekod kadar penurunan bateri selang satu jam.

Kami telah memuat turun beberapa permainan mudah alih yang sering dimainkan di Malaysia. Antaranya ialah Mobile Legends, PUBG Mobile dan COD Mobile.

Sebelum memulakan ujian, kami gunakan gamespace yang disediakan oleh Realme untuk mendapatkan pengalaman yang lebih optimum.


PRESTASI 'GAMING'


MOBILE LEGENDS




Jika anda peminat permainan ini, kami yakin anda akan suka dengan prestasi yang dapat diberikan oleh peranti ini.

Untuk tetapan grafik, kami meletakkannya terus pada tetapan tinggi. Malang sekali, peranti ini masih tidak menyokong pada tetapan ultra.



Sepanjang kami bermain permainan ini, Realme 6 memberikan kami pengalaman bermain permainan ini dengan lancar.

Dari segi visual, segala pergerakan yang ditunjukan dalam permainan ini amatlah cantik.

PUBG Mobile


PUBG Mobile merupakan salah satu aplikasi permainan yang 'berat' untuk sesebuah telefon pintar. Bukan sahaja kapasiti saiznya yang agak besar malah memerlukan keupayaan grafik agak tinggi.

Namun dengan konfigurasi memori Ram 8GB+128GB, ia bukanlah satu masalah untuk realme menjalankan aplikasi permainan ini.

Bagi tetapan grafik, PUBG Mobile secara default diset pada HDR.



Pada pendapat kami, tetapan grafik pada HDR+Ultra memberikan pengalaman yang hanya di tahap memuaskan sahaja. Kami katakan begitu kerana frame rate jatuh dari 60FPS ke 40FPS.

Sebagai alternatif untuk mendapatkan grafik yang lancar, kami syorkan untuk gunakan tetapan HD+Ultra atau Balanced+Ultra.



peranti budget

Untuk tetapan grafik pada tahap ini, permainan dapat dimainkan dengan lebih lancar dan tiada lag. Walaubagaimanapun, grafik video yang dipaparkan adalah pada tahap biasa sahaja.

Secara keseluruhannya, permainan ini sesuai untuk dimainkan pada peranti ini. Jika anda penggemar menggunakan fungsi gyroscope, peranti ini dapat menyokongnya dengan baik.

COD MOBILE


Berikut merupakan tetapan grafik yang kami guna:



Apa yang boleh kami katakan, COD Mobile dapat dimainkan dengan lancar. Hasil grafiknya juga cantik. Cuma sedikit kecewa kerana peranti ini tidak menyokong frame rate max. Tetapi setakat ini, grafik ini sudah memadai.



Untuk aplikasi permainan yang lain, kami pasti Realme 6 dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

PRESTASI BATERI


Untuk pengetahuan anda, Realme 6 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4300 mAh.

Sepanjang selang satu jam, bateri telefon pintar ini akan turun sebanyak 25%. Telefon pintar ini mampu bertahan lebih 5 jam gaming tanpa henti.

peranti budget

Apa yang kami boleh puji adalah di takat peratusan bateri yang rendah, realme 6 masih mengekalkan prestasi yang baik walaupun pada tetapan grafik yang tinggi.

Masa pengecasan bateri Realme 6 adalah selama 1 Jam 10 minit dengan pengecasan pantas 30W.

KESIMPULAN


Jika anda mencari sebuah peranti bawah RM1000 untuk  gaming, Realme 6 boleh masuk dalam senarai pertimbangan. Dengan spesifikasi yang mantap, segala permainan mudah alih yang ada di gedung aplikasi dapat dimainkan dengan baik.

peranti budget

Sepanjang ujian gaming yang kami jalankan, peranti ini memberikan kami pengalaman bermain permainan mudah alih yang baik. Dari segi suhu, kami boleh katakan panel belakang hanya rasa suam dan tidak mengganggu aktiviti permainan.

Baca lagi : Realme 6 Pro vs Redmi Note 9 Pro