Telefon Android Juga Bakal Kehilangan Headphone Jack





Pengguna Android mungkin ketawa dengan berita iPhone mengeluarkan rekaan 3.5mm headphone jack, namun anda harus risau kerana syarikat telefon Android juga terpaksa mengikut piawaian baru yang telah dikemukakan oleh sebuah organisasi semasa forum USB Implementers.



Organisasi tersebut juga telah mengeluarkan spesifikasi baru untuk Audio Device 3.0 dimana pembuat telefon dibenarkan menggunakan port USB Type-C untuk output audio. Mengikut forum tersebut, spesifikasi baru tersebut adalah bertujuan supaya syarikat telefon boleh mengeluarkan rekaan 3.5mm headphone jack dan menggunakan penyambungan tunggal USB Type-C dalam usaha untuk mengurangkan rekaan lubang penyambungan. Maknanya, earphone akan datang mungkin akan memiliki penyambungan USB Type-C.



Mengikut mereka lagi, audio akan lebih berkualiti jika menggunakan port USB. Ianya juga boleh memberi peluang kepada syarikat telefon untuk membina peranti kalis air. Jadi pengguna harus bersedia menempuh zaman telefon tanpa 3.5 headphone jack lagi. Jika anda mahu mendengar lagu menggunakan earphone sambil mengecas peranti, anda mungkin perlu menggunakan wireless earphone pada masa akan datang.