Telefon 4 Kamera Utama Pertama Didunia Akan Mula Dijual 23 November Ini

Diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada 11 Oktober lepas, Samsung Galaxy A9 telah dijadualkan penawarannya bermula Jumaat ini, 23 November 2018.



Datang dengan sistem empat kamera utama dan merupakan telefon pintar pertama didunia dengan tetapan itu, penawaran Galaxy A9 2018 itu akan dibuat disamping jelajah bertemu peminat di One Utama, Gurney Plaza Penang dan City Square Johor Bahru, pada 23 November sehingga 25 November 2018 ini.

Bakal pembeli yang mendapatkan Galaxy A9 2018 dilokasi-lokasi diatas akan menikmati aksesori tambahan bernilai RM783.



Difahamkan Galaxy A9 2018 akan dipasarkan pada harga RM1999.

Sumber: Samsung