Telco Perlu Pastikan Perkhidmatan Terbaik Untuk Internet Percuma

Menerusi perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan pakej khas bernilai RM600 juta.

Ia melibatkan usaha kerajaan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan (Telco) untuk menawarkan internet percuma kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Telco Internet PercumaSelain itu, kerajaan turut mengumumkan pakej khas RM400 juta bagi meningkatkan liputan dan penambahbaikan rangkaian telekomunikasi negara.

Susulan daripada itu, sebagai sebuah forum yang mengutamakan kepentingan pengguna, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menyatakan penyedia perkhidmatan perlu memastikan kualiti perkhidmatan pakej internet percuma yang diberikan kepada pengguna adalah pada tahap terbaik. Ia bertujuan agar dapat membantu pengguna untuk terus kekal berhubung dan mendapatkan maklumat terkini dengan lebih pantas.

Dalam pada itu, pengguna Telco juga perlu terus mengikuti laman web dan laman sosial rasmi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pakej khas tersebut.

Sumber: CFM

Berkaitan