Teknologi Sensor Peluh Ini Memudahkan Analisa Penyakit Diabetis

Seorang saintis dari Stanford telah membangunkan satu teknologi wristband yang mampu memberikan analisa untuk mendiagnosis penyakit seperti diabetes.

Teknologi yang dibangunkan ini berfungsi dengan menggunakan sensor yang dapat mengumpul peluh, dan menyukat kadar ion klorida dan glukosa dalam menjalankan analisis dan diagnosis.

Ianya di jalankan dengan dua sistem iaitu sensor fleksibel dan pemprosesan mikro yang dilekatkan di pergelangan tangan sambil merangsang peluh dan mengesan kehadiran molekul dan ion berdasarkan signal elektrik yang dihasilkan.

sweat_sensor-759

Lebih banyak kandungan klorida di dalam peluh, lebih banyak voltan elektrik yang dihasilkan pada permukaan sensor. Kadar kandungan klorida yang tinggi juga merupakan tanda penyakit cystic fibrosis, kalau tak salah berkenaan dengan masalah pernafasan.

Teknologi yang dibangunkan ini sudah semestinya akan memudahkan lagi institusi perubatan dalam membawa kaedah yang lebih mudah(portable) untuk menganalisis penyakit melalui sweat test.

 

Sumber