Teknologi Percetakan 3D Berjaya Hasilkan Jantung Yang Mampu Berfungsi Sama Seperti Organ Sebenar

Cubaan menghasilkan jantung buatan sudah beberapa kali dilakukan, namun hasilnya masih kurang memuaskan.

Kebanyakkan rekaan jantung buatan tersebut gagal beroperasi sepertimana yang diharapkan pihak pembangun, dan akhirnya ia agak mustahil untuk digunakan pada badan manusia.

Melihat kepada permasalahan itu, sekumpulan penyelidik dari ETH Zürich iaitu sebuah universiti dari Switzerland, telah melaksana satu projek membangunkan jantung buatan dari teknologi percetakan 3D.

Jantung buatan itu dihasilkan daripada bahan yang lembut dan fleksibel dan dicetak secara 3D menjadi satu bahagian.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=YUYNXeHfTdQ

Ia memudahkan kumpulan penyelidik merekabentuk struktur dalaman yang rumit, lengkap dengan mekanisme pam yang dapat dicetuskan oleh ventrikel silikon. Cara jantung buatan itu berfungsi mirip seperti organ sebenar.

Walaubagaimanapun, ia masih diperingkat konsep dan masih belum sedia untuk digunakan pada pembendahan implan sebenar.

Hal ini disebabkan oleh, bahan yang digunakan itu tidak mampu bertahan selama 1 jam setengah ataupun beberapa ribu degupan dan penyelidik giat mencari jalan penyelesaian.

Sumber: ETH Zürich