Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Xiaomi Kini Mencapai Sehingga 40W Lajunya

Pengecasan tanpa wayar secara umumnya adalah lebih perlahan berbanding dengan yang menggunakan wayar. Namun sejak kebelakangan ini, pengeluar seumpama telah menjumpai rahsia bagaimana mahu meningkatkan kelajuan dalam mengecas tanpa menggunakan wayar.

Xiaomi baru-baru ini telah memperlihatkan demo pengecasan tanpa wayar 40W yang lebih laju melalui satu video. Video itu telah dimuat naik oleh naib presiden Xiaomi iaitu Chang Cheng melalui laman Weibo.



Dalam video tersebut, ia menunjukkan sebuah peranti yang berkapasiti 4,000mAh yang dicas sepenuhnya hanya dalam masa 40 minit. Dengan pengecasan yang lebih maju ini, ia menunjukkan teknologi pengecasan tanpa wayar mereka sama taraf sahaja dengan kebanyakan pengecasan yang menggunakan wayar.

Menurut pihak Xiaomi, mereka tiada garis masa dalam melepaskan teknologi ini secara komersil. Mereka juga menambah teknologi ini turut diuji pada Mi 10 Pro, namun ia hanya berada pada fasa pembangunan sahaja.

Sumber: Xiaomi