Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Lembu Telah Diperkenalkan

Teknologi pengecaman wajah bukan sahaja digunakan di pejabat, arena sukan, sekolah, peranti mudah alih, malah ia kini sudah menembusi sektor penternakan haiwan.

Cainthus, sebuah syarikat pengimejan dari Ireland, telah berjaya membangunkan sebuah perisian pengecaman wajah dengan tujuan meningkatkan lagi penghasilan lembu tenusu milik Cargill Inc di Amerika Syarikat.

Menurut syarikat pembangun, teknologi itu akan digunakan untuk mengesan tingkah laku, cara pemakanan, serta kesihatan haiwan ternakan secara menyeluruh. Maklumat yang diperolehi dari sistem tersebut akan dihantar terus kepada penternak untuk tindakakn susulan.

Kamera dipasang pada kawasan makan ternakan dan dari situ, teknologi AI akan menganalisis perubahan wajah ternakan, sama ada ia kurang makan atau minum, bergerak perlahan daripada biasa, atau menghadapi lain-lain masalah.

Sumber: Bloomberg