Teknologi Membuatkan Wang Tunai Dan Kad Kredit Kelihatan Usang

Terdapat pelbagai cara pembayaran yang boleh dilakukan pada hari ini-telefon pintar akan merevolusikan cara kita menggunakan wang kita.

Teknologi hari ini seperti Samsung Pay, Apple Pay dan Google Pay akan mewujudkan masyarakat yang bebas dari wang tunai dan kad kredit/debit.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat beberapa syarikat gergasi lain yang sedang cuba ke arah itu yang hanya akan bergantung kepada telefon pintar pelanggan mereka untuk membayar produk atau servis.

Industri ini sedang berkembang maju di negara-negara sedang membangun di mana bank sukar menempatkan banggunan fizikal mereka.

Satu laporan dari Global Economic Govermance Program menemukan yang 9 dari 10 syarikat perbankan mobil berada di Afrika.

Penggunaan aplikasi perbankan mudah alih dilihat dapat membantu peniaga kecil dan sederhana mengurus kewangan mereka dengan lebih cepat dan selamat.

Sumber