Teknologi LiDAR Pada iPhone 12 Pro Juga Boleh Digunakan Untuk Mengukur Ketinggian Pengguna

LiDAR merupakan teknologi mengukur jarak melalui cahaya yang telah diperkenalkan pada iPad Pro 2020 . Kemudiannya, ia telah dibawa kepada model iPhone 12 Pro baru-baru ini.

Bukan sahaja LiDAR boleh meningkatkan lagi pengalaman realiti terimbuh (AR), akan tetapi pengguna juga turut boleh mengukur ketinggian manusia menggunakan pengimbas LiDAR tersebut melalui aplikasi Measure pada iPhone 12 Pro.



Ciri ini hanya terbatas pada model iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, dan juga iPad Pro 2020 memandangkan hanya model ini sahaja yang hadir dengan fungsi pengimbas LiDAR.

Melalui: Macrumors