Teknologi Hyperfast 5G Dipertimbangkan Untuk Huawei Mate 30 - CEO Huawei

Ketika siri Huawei P30 belum pun sempat tiba ke Kuala Lumpur, kini timbul pula berita mengenai perkembangan satu lagi siri perdana mereka, Mate 30.

Huawei dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa teknologi Hyperfast 5G mereka pada siri itu nanti.

Kapsyen: Andy Boxall/Digital Trends


Menurut CEO-nya Richard Yu dalam satu temuramah bersama Digital Trends baru-baru ini, 5G dijangka akan tersedia sepenuhnya pada musim luruh(Sept-Dis) ini dan siri Mate 30 adalah lebih sesuai untuk menggunakannya berbanding P30.

Sehubungan dengan itu, pengguna diramal akan terus memilih peranti dengan kamera yang baik berbanding peranti yang menyokong rangkaian 5G ketika ini.

Huawei sebelum ini mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan sebarang model khas 5G bagi siri P30 yang dilancarkan baru-baru ini.

Bagaimanapun, mereka sudah pun mempunyai peranti yang menyokong sambungan berkenaan iaitu Mate X 5G dan Mate 20 X 5G.

 

Sumber: Digital Trends