Untuk kipas susah mati Tom Cruise.

Jika anda adalah peminat tegar aktor Tom Cruise berbanding Robert Downey Jr. dan merasakan Tom Cruise lebih sesuai memegang watak sebagai Tony Stark aka Iron Man, maka hajat anda telah tercapai.

Menerusi teknologi wajah ‘deepfake’, Collider telah menghasilkan video yang menggantikan wajah aktor Robert Downey Jr. kepada aktor Tom Cruise sebagai Tony Stark aka Iron Man.

Malah bukan wajah sahaja yang diubah dalam video tersebut, tetapi juga suara Tom Cruise turut digunakan bagi melontarkan dialog dalam video itu.

Adalah sukar bagi mengimaginasikan aktor lain memainkan watak karektor adiwira Iron Man selain Robert Downey Jr.

IKLAN

Tetapi memang pada awal kemunculan filem Iron Man pada Mei 2008 dahulu, terdapat ura-ura yang mendakwa Tom Cruise adalah aktor yang akan memegang watak tersebut.

Deepfake atau deepface (deep learning) adalah teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan set algoritma yang cuba untuk memodelkan abstrak pada tahap tinggi dalam data dengan menggunakan graf mendalam dengan pelbagai proses lapisan yang terdiri daripada beberapa transformasi.

Atau bahasa mudahnya, mengubah dan mewakili sesuatu kandungan itu yang bukan miliknya. Beberapa syarikat teknologi dunia sudah pun mula membangunkan teknologi deepfake mereka sendiri termasuklah Samsung.

Walaubagaimanapun, teknologi ini menjadi perdebatan hangat dikalangan pembangun teknologi, pengamal undang-undang serta masyarakat kerana teknologi ini lebih dilihat sebagai alat yang akan memudahkan lagi penyebaran perkara negatif seperti propaganda dan berita palsu.