Ford Hasilkan Bahagian Pada Kereta Lumba Menggunakan Teknologi Pencetak 3D

Pasti anda pernah melihat video tentang rumah yang dibina menggunakan pencetak 3D yang banyak dikongsi di media sosial.

Tetapi bagaimana pula kalau bahagian kereta dicetak menggunakan pencetak 3D?

99-ford-stratasys-infinite-build-3d-printer

Terbaru, Ford pula dikatakan sedang mencuba untuk menghasilkan bahagian-bahagian pada kereta lumba menggunakan pencetak 3D.

Stratasys Infinite Build 3D merupakan sebuah mesin pencetak 3D yang telah dipasang di Pusat Kajian dan Inovasi Ford, terletak di Michigan.

https://youtu.be/MZN8zA95zv0

Syarikat pengeluar kereta itu menyatakan bahawa pencetak 3D berkenaan mampu mencetak pelbagai bahagian pada kereta, termasuk yang bahagian yang bersaiz besar.

Buat masa sekarang, Ford masih lagi di peringkat ujian keberkesanan sama ada teknologi ini sesuai atau tidak untuk keluaran kereta masa hadapan.

Ford berpendapat bahawa pencetak 3D buat masa ini tidak mampu untuk menghasilkan bahagian kereta dalam jumlah yang banyak, tetapi mereka akan memfokuskan terhadap "low-volume part".

"Low-volume part" yang dimaksudkan adalah seperti

  • Pancarongga pengambilan

  • Spoiler

  • Bahagian pada model prestasi istimewa

  • Bahagian khusus dibina untuk pelanggan

  • Bahagian kereta prototaip


Ford menambah, dengan adanya teknologi ini ia akan membantu mempercepatkan proses penghasilan bahagian kereta.

Jika dibandingkan dengan proses tradisional, teknologi 3D lebih pantas selain memerlukan kos yang rendah.

Sumber:Digital Trends